Isteri Pernah 13 Kali Keguguran, Fazley Yaakob Kongsi Kisah Pahit Manis Alam Perkahwinan

Hiburan

Isteri Pernah 13 Kali Keguguran, Fazley Yaakob Kongsi Kisah Pahit Manis Alam Perkahwinan

Cef selebriti dan juga penyanyi, Datuk Fazley Yaakob ada berkongsikan mengenai kisah suka dukanya sepanjang bergelar suami dan bapa kepada keluarga kecilnya itu.

Fazley dan ibu
2 bulan lalu

Cari Jodoh Untuk Ibu, Cef Fazley Terima 30 'Resume' Bakal Bapa Tiri

Advertisement

Cerita Fazley,terlalu banyak kisah pahit manis sepanjang hidu bersama isteri tercinta, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.

Ujarnya, mungkin ramai orang di luar sana pernah mendengar sedikit sebanyak mengenai kisah perjalanan hidup mereka berdua di media sosial.

Advertisement

Bercita selama 17 tahun dan bergelar suami isteri selama 15 tahun, pastinya banyak sudah air mata yang keluar antara mereka berdua namun jelas pemilik kafe Suka Sucre Bistro ini lagi, dia bersyukur masih ada yang terus mendoakan dia dan isteri sehingga rumah tangga mereka dapat bertahan sehingga ke hari ini.

Pertama sekali, terima kasih buat semua keluarga jauh dan dekat, sahabat-sahabat, rakan-rakan media juga serta mereka yang kenal rapat dan samar-damar kerana telah mendoakan saya dan isteri sehingga bertahannya perkahwinan kami selama ini.

Walaupun dengan 13 kali keguguran, kami tetap dikurniakan 4 orang cahaya mata. Syukur ke hadrat Illahi. Terima kasih atas semua pengorbanan. Kamu tinggalkan semua untuk bersama saya yang ketika itu tiada apa-apa.

Menggelarkan isterinya itu sebagai adik sayang, Fazley turut mendedahkan bahawa mereka berdua mengamalkan amalan membaca Yasin selama 40 hari semenjak bergelar suami isteri bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Sekadar info, Datuk Fazley dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007 dan telah dikurniakan empat orang anak.

Pasangan ini juga ada mengadakan persandingna kali kedua sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 pada tahun 2018.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...