Cari Jodoh Untuk Ibu, Cef Fazley Terima 30 ‘Resume’ Bakal Bapa Tiri

Hiburan

Cari Jodoh Untuk Ibu, Cef Fazley Terima 30 ‘Resume’ Bakal Bapa Tiri

Gara-gara pencarian bakal suami untuk ibu tercinta, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob khabarnya telah menerima hampir 30 resume daripada bakal bapa tiri yang berminat.

fazley yaakob
3 years ago

Fazley Yaakob Cari Jodoh Buat Ibu, Tak Mahu Suami Orang

Advertisement

Fazley sebelum ini memaklumkan bahawa pemergian bapanya ke rahmatullah sudah hampir mencecah lima tahun dan dia juga merasakan bahawa ibu, Datin Umi Kalson Abdol Latib sudah sampai seru untuk kembali berumah tangga.

Difahamkan juga, hantaran yang dimuat naik Fazley berkenaan pencarian bakal suami ibunya itu sudah pun mendapat keizinan Umi Kalsom terlebih dahulu.

Arwah ayah meninggal lima tahun lalu dan saya mahu ibu ada penemannya untuk luang masa bersama, bercakap dan saling berkongsi pendapat. Sebelum buat posting itu, saya ada tanya ibu sendiri sama ada dia setuju atau tidak. Bila dia kata okay baru saya buat posting itu.

Dalam hantaran tersebut, Fazley ada menyenaraikan beberapa syarat untuk menjadi bakal suami ibunya iaitu bukan suami orang, jujur, berumur 60 hingga 70 tahun, penyabar dan suka makan.

Kata Fazley, setakat ini dia sudah pun menerima beberapa nama calon dan akan pergi sendiri ke rumah individu-individu berkenaan untuk bersemuka secara empat mata.

Sekadar info, suami ibunya merangkap bapa kepada Fazley telah meninggal dunia pada Februari 2016 yang lalu akibat komplikasi paru-paru.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...