Isteri ‘Pergi’ Selepas Melahirkan, Suami Tak Henti Menangis Sambil Kendong Bayi Undang Sebak

Trending

Isteri ‘Pergi’ Selepas Melahirkan, Suami Tak Henti Menangis Sambil Kendong Bayi Undang Sebak

Tular di aplikasi TikTok sebuah kisah dari negara seberang tentang seorang suami yang kehilangan isteri tercinta selepas melahirkan anak sulung mereka.

Reaksi Fadly Fachrezi yang menangis di sisi jenazah isterinya sambil mengendong bayi mereka mendapat perhatian dan simpati daripada netizen.

Advertisement

Menurut laporan, isterinya, Megawaty Putri binti Syaeful Mamma yang merupakan seorang doktor itu menghembuskan nafast terakhirnya dua hari selepas melahirkan.

Menerusi Instagram ‘story’ Fadly telah mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana menghadiahkan seorang anak sebelum pergi meninggalkan dia buat selamanya.

Saya sayang awak ibu. Wanita sempurna buat ayah. Terima kasih pemberian hadiah (anak) ini, ayah akan jaga dan besarkan seperti yang ibu katakan.”

Video menunjukkan Fadly menangis merapati di tepi kubur isterinya juga tular selepas mendapat lebih 1.3juta tontonan di aplikasi TikTok.

@ikawatyrafika

Balas @lalakdv sayng bangetlah kk??????

? Cinta Dalam Hati – UNGU

Gambar-gambar tular di media sosial menunjukkan Fadly menangis dan sugul sepanjang majlis pengebumian isterinya mengundang rasa sebak netizen.

Rata-ratanya mengucapkan takziah dan berkata bahawa almarhum seorang yang sangat beruntung kerana ketika dia pergi pun sudah nampak betapa sayangnya Fadly terhadapnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

7 bulan lalu

“Apa Yang Dia Lalui” - Pesan 8 Set Makanan, ‘Uncle’ Makan dan Cakap Sorang Buat Netizen Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...