Isteri Lan Solo Luah Rasa Syukur, Niat Bantu Jiran Hadapi Musibah Banjir Dipermudah

Hiburan

Isteri Lan Solo Luah Rasa Syukur, Niat Bantu Jiran Hadapi Musibah Banjir Dipermudah

Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila Hassim bersyukur dan berbesar hati apabila inisiatifnya untuk membantu mangsa banjir di kawasan kejiranan berjalan dengan lancar.

Lan Solo & Rody Kristal
2 years ago

Hubungan Lan Solo & Rody Kristal Kembali Pulih Selepas Terserempak Di Surau

Advertisement

Menurut Sheila, dia hanya merancang untuk membantu jiran terdekat pada awalnya namun setelah membuat tinjauan, dia akui terkesan sejurus melihat ada keluarga yang menerima nasib lebih teruk ekoran banjir kali ini.

3 hari yang menggembirakan. Betul kata pepatah, ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’. Niat utama nak bantu orang terdekat je dulu untuk dapatkan keperluan pasca banjir.

Sheila turut memberitahu yang mereka ingin bantu orang terdekat dahulu kerana banjir datang semasa belum hari gaji dan kebanyakkan diantara warga disitu adalah B40 dan mereka sendiri juga golongan B40 yang terkesan.

Kisah tersebut dikongsikan ibu kepada empat orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.

Dalam pada itu, Sheila memberitahu yang mereka turut menghubungi para kenalannya untuk mendapatkan bantuan berupa barangan-barangan asas serta keperluan harian.

Isteri Lan Solo

Bukan itu sahaja, Sheila turut mengakui yang kuasa viral sangat membantu sejak hari pertama mereka mula membuat agihan kepada mangsa banjir kerana tidak henti-henti sumbangan masuk.

TERIMA KASIH SUAMI sebab izinkan dan redha dengan idea KY (Sheila) yang pada mulanya nampak macam takkan berhasil.

Ujar Sheila lagi, dia berharap agar bantuan yang mereka sumbang dan agihkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban buat mereka yang terkesan.

Terdahulu, Lan Solo merupakan antara selebriti yang turut terjejas akibat banjir besar yang berlaku di Puchong baru-baru ini, malah kawasan perumahannya difahamkan telah ditenggelami air sehingga ke paras lutut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...