Hubungan Lan Solo & Rody Kristal Kembali Pulih Selepas Terserempak Di Surau

Hiburan

Hubungan Lan Solo & Rody Kristal Kembali Pulih Selepas Terserempak Di Surau

Setelah hampir empat tahun tidak bersemuka disebabkan perselisihan faham, hubungan penyanyi Lan Solo dengan gitaris kumpulan Kristal, Rody kini kembali pulih.

Lan Solo
2 bulan lalu

Dahi Anak Terkoyak, Lan Solo Terpaksa Batalkan Kemunculan Di GV8

Advertisement

Baru-baru ini, Lan telah memuat naik foto bersama Rody di laman Instagram miliknya selepas terserempak secara tidak sengaja di surau Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lepas.

Alhamdulillah… Itu kejadian semalam sebenarnya, kami ada program bersama tetapi bukanlah satu stage. Rody jadi house band untuk GV, saya untuk program GV live plus.

Menurut Lan, mereka masing-masing menuju ke surau ketika itu kerana mahu kejar waktu Maghrib dan pihak penganjur telah rehatkan seketika semua program serta akan disambung semula selepas Maghrib.

Tambah Lan lagi, dia tidak tahu langsung yang Rody berada di situ dan berkemungkinan Rody juga tidak tahu dia berada di situ namun secara tiba-tiba dia merasakan ada orang mencuit bahunya ketika hendak keluar dari surau.

Dalam pada itu, Lan meluahkan rasa syukurnya apabila dapat bersemuka semula dengan Rody selepas bermasam muka sehingga mengambil keputusan meninggalkan kumpulan Kristal pada November 2017.

Kristal ( Lan Solo & Rody)

Bagaimanapun, mereka tidak dapat berborak lama kerana masing-masing sibuk dengan tugasan yang perlu dilakukan pada malam itu.

Saya rasa gembira dalam penuh kesyukuran sebab benda ini berlaku tanpa sebarang perancangan dan ditemukan di tempat yang baik.

Lan turut menambah yang dia akan bertemu dengan Rody dalam masa terdekat ini dan dia berharap agar hubungan tersebut dapat dijernihkan tanpa campur tangan orang luar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    December 7, 2021 at 7:32 pm

    Kuat gadoh la ko ni lan. Mcm rempit2 kat skolah aku dulu. Org mcm rody n nana yh baik pon ko bedal buat musuh. X paham aku.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...