December 29th, 2016

Sejak beberapa hari ini, isu rumah tangga Adi Putra bersama isteri keduanya, Norshahida  yang didakwa bergolak hangat diperkatakan sehingga ada wanita yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Adi termasuk menggelarnya lelaki dayus.

Terbaru,  Norshahida telah tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi portal BH ONLINE. Menurut Norshahida, beliau dan Adi tidak mempunyai sebarang masalah dan cukup bahagia bersama dan menyifatkan Adi sebagai seorang suami yang bertanggungjawab serta berlaku adil dengan isteri-isterinya.

Saya tidak pernah membuka mulut berhubung perkahwinan kami selepas berkahwin. Saya faham sangat, suami tidak selesa berkongsi kisah peribadi untuk tatapan umum.  Bagaimanapun, lebih lama kami mendiamkan diri, terlalu banyak spekulasi yang timbul sejak kami berkahwin.

Mungkin langkah ini agak berat tetapi apabila terserempak dengan wartawan hari ini, saya tidak boleh melarikan diri. Saya harus mempertahankan rumah tangga saya yang diperkatakan ramai.

Norshahida juga menepis dakwaan kononnya beliau tidak mempunyai hubungan baik dengan madunya, Aida Yusof.

Selepas beberapa bulan berkahwin, suami mengambil langkah mempertemukan kami. Alhamdulillah, hubungan kami baik.  Kerap juga kami bertemu dan selalu berhubung untuk bertanya khabar. Saya menepis tanggapan sesetengah pihak hubungan kami keruh.

Apabila suami berada bersama Aida, saya tidak akan mengganggunya, begitu juga Aida. Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada sesetengah pihak seperti mahu melaga-lagakan kami. Saya sebagai isteri muda seharusnya lebih banyak beralah serta menjaga hati suami dan Aida.

Berbicara mengenai berita beliau sebenarnya sudah keguguran, Norshahida mengakui mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah dua bulan kira-kira beberapa minggu lepas. Norshahida  tidak sedar beliau mengandung pada waktu tersebut.

Saya tidak tahu saya hamil. Saya seorang yang aktif berbasikal dan bersenam. Saya hanya sedar diri hamil apabila mula mabuk menaiki kenderaan. Namun, keadaan itu tidak lama apabila saya keguguran.

Nampaknya semua perkara sudah dijelaskan dengan terperinci. Harapnya tiada lagi pihak yang menyebarkan spekulasi tidak benar mengenai rumah tangga Adi Putra dan Norshahida.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...