Isteri Da’i Farhan Didakwa Doktor Palsu, Warganet Lapor Pada KKM

Hiburan

Isteri Da’i Farhan Didakwa Doktor Palsu, Warganet Lapor Pada KKM

Kisah perkahwinan kontroversi antara pemenang program Da’i Pendakwah Milenia 2014 anjuran TV3 iaitu Nik Ahmad Farhan dengan seorang wanita bernama Noorainul Naqim Mohd Radzi terus hangat diperkatakan. Ini kerana Farhan memberitahu mengahwini wanita yang mendakwa mempunyai lapan anak itu beberapa bulan lalu di Makkah.

Menjawab persoalan-persoalan warganet yang menghentamnya kerana mengahwini wanita itu saat isteri pertamanya sarat hamil anak kedua mereka, Farhan memberitahu perkahwinannya dengan Noorainul sudah tertulis di Lauh Mahfuz dan tiada daya untuk menolak takdir.

Advertisement

Noorainul mendakwa seorang doktor pakar neurologi dan dalam temubual dengan Astro Gempak, Farhan merujuk kepada Noorainul sebagai ‘doktor’.



Ceraikan isteri pertama 

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook, Ches Al-Maliki yang merupakan rakan kepada isteri pertama Farhan iaitu Fatin, memberitahu bahawa Farhan telah menceraikan isteri pertamanya kerana tidak dapat menerima isteri keduanya.

Ches juga mendakwa Farhan telah mencederakan dan mengurung isterinya kerana tidak dapat menerima keputusan lelaki itu mengahwini Noorainul Naqim.


Dalam kenyataan kepada Harian Metro, Farhan mengesahkan sudah menceraikan Fatin melalui aplikasi Whatsapp, bagaimanapun menafikan dia mencederakan Fatin dan menyifatkan kenyataan Ches itu berbentuk fitnah yang berniat jahat terhadapnya. Farhan memberitahu sudah membuat dua laporan polis dan dua tuntutan saman yang tidak dinamakan kepada siapa, tetapi salah seorang darinya ialah Ches Al-Maliki.

 

View this post on Instagram

 

Astaghfirullah, mungkin krn dendam saya tak izin isteri ambil ASB Financing CIMB dgn dia, tak izin isteri beli rumah dgn dia, tak boleh melihat isteri saya terima hakikat hidup bermadu menyebabkan dia meroyan dgn viralkan perkara fitnah yg telah berlalu..moga gambar wassup isteri saya dgn dia pd 1 Nov yg lalu menjawab segala fitnah yg dia viralkan..teman2 sekalian ingatlah, manusia yg hebat mulia adalah manusia yg nyawanya telah terhenti, tetapi pahala utknya tak pernah terhenti..tetapi manusia yg MALANG & HINA adalah manusia yg nyawanya telah terhenti, tetapi saham DOSA utknya tak pernah terhenti..itulah bahaya fitnah, penyebar dan penyokong nya..maafkan daku ya Allah, insan yg hina lagi kerdil ini..ampuni dosa hambaMu ini.. #padamukubersujud #ujianpenghapusdosa #sabarituindah??

A post shared by Nik Farhan (@farhanmutawwif) on

Doktor Palsu?

Tidak lama kemudian, terdapat warganet yang mendakwa nama Noorainul Naqim Mohd Radzi tidak wujud dalam Medical Medical Council (MMC) sedangkan semua doktor perubatan bertauliah dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disenaraikan di situ beserta biodata.

Disebabkan nama Noorainul tiada di dalam pangkalan data tersebut, ada yang membuat telahan bahawa beliau mungkin menyamar atau menyalahgunakan gelaran profesion di bawah KKM yang merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Undang Undang Malaysia.

Suruh pesakit positif HIV berhenti ubat hospital 

Hasil siasatan warganet di Facebook Noorainul yang kini tidak lagi aktif, dia mendakwa dari hasil rawatannya, jumlah virus telah menurun dari 56,000 ke 11,000 dalam masa tujuh hari dengan menghentikan pengambilan ubat hospital.

Ijazah Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA dan Diploma London Academy

Walaupun mendakwa seorang ahli neurologi di Instagram, terdapat satu keratan akhbar yang tersebar mengenai Noorainul yang mempromosikan butiknya iaitu Eljolie Boutique of Jannah yang pada masa itu bakal dilancarkan di Setapak, Kuala Lumpur, beberapa tahun lepas.

Dalam keratan akhbar yang sama, Noorainul mendakwa memiliki Ijazah Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA dan Diploma Kecantikan dan Dandanan Rambut dari London Academy.

Persoalan yang timbul ialah, bila pula dia mengambil kursus perubatan untuk menjadi seorang pakar neurologi? Satu sijil yang tersebar menunjukkan Noorainul menerima gelaran doktor dari Electronic Medication Council of Malaysia bagaimanapun individu yang menandatangani sijil tersebut didapati tidak wujud.

Yazeed Hair Johari di Facebook mendakwa kaedah rawatan perubatan elektronik yang diamalkan Noorainul ialah kaedah yang mengarut.

Larikan Kenari milik lelaki

Seorang lelaki menggunakan nama Apeh Jamal di Facebook memberitahu sudah lama mencari Noorainul kerana wanita itu membawa lari keretanya dan meminta Noorainul membayar sejumlah RM 10,000 yang telah dibayar olehnya kepada bank untuk menyelesaikan kes mereka.


Setelah kisah itu tular, Apeh mendapati keretanya yang dilarikan itu masih ada dan diparkir di pusat terapi milik Noorainul iaitu El Ilham Therapy Centre, cuma sudah ditukar kepada nombor pendaftaran palsu yang menyebabkan ia tidak ditemui sebelum ini.

Setelah tular, Apeh telah menerima bayaran sebanyak RM 10,000 dari Noorainul, seterusnya menganggap kes itu selesai.

Anak lapan atau sepuluh?

Di Instagram, Noorainul menulis di profil bahawa dia mempunyai lapan orang anak. Itu juga yang diberitahu oleh Noorainul dalam temubual dengan Astro Gempak.

Namun di profil Facebook lama Noorainul, dia menulis dia ibu kepada 10 orang anak. Dia malah memuat naik gambar kesemua anaknya dan mengakui mempunyai 10 orang anak di ruangan komen.

Farhan Ditegur Kerana ‘Akidah Jabariyyah’

Kerana membuat kenyataan bahawa tindak-tanduknya sudah ditentukan Allah dan ‘kita semua hanya pelakon atas takdir yang disusun Allah’ sebagai alasan mengahwini Noorainul, pendakwah Twitter @addien90 telah menulis satu untaian menerangkan bahawa apa yang diperkatakan oleh Farhan sebenarnya ialah kepercayaan puak Jabariyyah.


Menurut Addien90, setiap manusia mempunyai pilihan dan sesebuah takdir boleh ditukar kepada takdir yang lain melalui pilihan manusia. Justeru, mengahwini Noorainul ialah pilihan Farhan sendiri dan bukan sesuatu yang dipaksakan kepadanya oleh Qada’ dan Qadr.

Lelaki tuntut bayaran pengubahsuaian hospital

Seorang lelaki bernama Zahari Ibrahim mendakwa telah menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian satu bangunan bagi dijadikan hospital untuk Noorainul.

Kerja-kerja pengubahsuaian bangunan untuk dijadikan hospital yang beroperasi di Desa Melawati telah siap 95%, tetapi Zahari berkata dia telah difitnah oleh Noorainul yang dirujuk sebagai ‘Wanita Kaabah’ dalam video dan menarik diri dari meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian.


Dia telah mengirimkan video tersebut dengan  tujuan untuk membersihkan namanya dari fitnah dan supaya Noorainul membuat pembayaran ke atas kerja-kerja yang telah dijalankan sejak April hingga Ogos 2019 dengan tuntutan ke atas invois berjumlah RM 11,560.

Zahari bagaimanapun mengakui membuat kesilapan kerana tidak membuat perjanjian bertulis dengan Ainul sebelum membuat kerja-kerja pengubahsuaian atas dasar kepercayaan kerana Noorainul mendakwa seorang doktor pakar dengan kelulusan MBBS dari Sri Lanka.

Bagaimanapun setakat ini, masih belum ada kenyataan dari Farhan mahupun Noorainul mengenai dakwaan doktor palsu serta tuntutan pengubahsuaian hospital. Bersama kita nantikan penjelasan mereka. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...