December 9th, 2019

Kalau sebelum ini, isteri baru Da’i Farhan didakwa menggunakan sijil doktor palsu dan ada yang mendakwa wanita itu telah melarikan sebuah kereta Kenari miliknya tanpa membuat pembayaran enam tahun lepas, kini muncul pula dakwaan terbaru yang dibuat oleh seorang lelaki, yang mendakwa ditipu dan difitnah oleh wanita tersebut.

Lelaki itu yang bernama Zahari Ibrahim telah menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian satu bangunan bagi dijadikan hospital untuk Noorainul Naqim Mohd Radzi.

Kerja-kerja pengubahsuaian bangunan untuk dijadikan hospital yang beroperasi di Desa Melawati telah siap 95%, tetapi Zahari berkata dia telah difitnah oleh Noorainul yang dirujuk sebagai ‘Wanita Kaabah’ dalam video dan menarik diri dari meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian.

Dia telah mengirimkan video tersebut dengan  tujuan untuk membersihkan namanya dari fitnah dan supaya Noorainul membuat pembayaran ke atas kerja-kerja yang telah dijalankan sejak April hingga Ogos 2019 dengan tuntutan ke atas invois berjumlah RM 11,560.

Zahari bagaimanapun mengakui membuat kesilapan kerana tidak membuat perjanjian bertulis dengan Ainul sebelum membuat kerja-kerja pengubahsuaian atas dasar kepercayaan kerana Noorainul mendakwa seorang doktor pakar dengan kelulusan MBBS dari Sri Lanka.

Zahari memohon  agar Noorainul menghubunginya di 01132294105 untuk menyelesaikan kes mereka.

Sebelum ini seorang lelaki memberitahu kereta Kenarinya miliknya telah beliau persetujui untuk dijual kepada Noorainul melalui kaedah sambung bayar, bagaimanapun Noorainul dikatakan langsung tidak membuat pembayaran kereta tersebut setelah dua tahun berlalu serta menghilangkan diri, menyebabkan lelaki itu terpaksa membuat bayaran sebanyak RM 10,000 kepada bank untuk membersihkan namanya.

Setelah kes itu tular, lelaki itu telah menemui semula keretanya berhampiran kawasan rumahnya tetapi ia telah diletakkan dengan nombor plat palsu, menyebabkan ia gagal ditemui selama enam tahun.

Noorainul kemudiannya dikatakan telah membuat pembayaran berjumlah RM 10,000 kepada lelaki yang menuntut, yang seterusnya menganggap kes itu selesai. – beautifulnara.com


27 responses to “Lelaki Dakwa Difitnah Isteri Da’i Farhan, Tuntut Bayaran Pengubahsuaian Hospital”

  1. Anonymous says:

    KITA NAK TUNGGU CERITA SELANJUTNYA…EPISOD NA MINTA MAAF DARI PAK LEBAI MAMAT FARHAN DGN BINI NO.2 DIA NI OOPS-NA TENGOK SUAMI LOW CLASS DLM UTUBE OR MEDIA…………….TA SABAR NA TENGOK CERITA EPISOD THUMBS UP 24 JAM TAU………….MUNGKIN TENGAH MEMERAS OTAK PAK MAMAT FARHAN NI NA CARII IDEA TUTUP MALU….DAH KANTOI BERJUTA ORG TENGOK BEB……

  2. Anonymous says:

    Doa isteri yang teraniaya…semua aib terbuka..huhu..pengajaran untuk kita

  3. Anonymous says:

    pempuan ni cite pasal kat kaabah tu pun macam musykil jek …macam cite rekaan skrip drama pukul 7..mcm skrip yang dah ditulis rapi…
    dan yang jantan tu pulak…ko mempunyai iman yang kuat. (sbb tu ko digelar ustaz) nape ko tak jadikan ujian semasa kat sana tu sebagai ujian dari Allah utk menguji kesetiaan ko pada isteri kat Malaysia ?
    Nape ko nak kena pikir itu adalah tanda dari Allah yang mmerlukan ko kawin ngan pempuan tu ? Kenapa ye ? aku pelik betul….setiap kali lelaki ni diuji dengan kehadiran perempuan lain…pikiran dyorg baik ustaz ke,Dai ke, PU ke, orang biasa ke mesti cakap… ha inilah tanda dari Allah yang mengatakan Allah mahu menjodohkan aku dgn dia…
    Kenapa lelaki-lelaki ni tak berfikir… Ya Allah inikah ujian yg kau berikan kepada aku…untuk menguji kesetiaan aku terhadap isteri ku ? Jika beginilah ujiannye yang kau berikan buatku… Kau kuatkanlah hati ku ini dari dibolak-balik…Kau tetapkanlah hatiku ini hanya untuk insan yang bernama isteriku…dan jauhkanlah wanita lain dariku dan sejahterakanlah hidup wanita itu agar dia juga menemui kebahagiaannya sendiri nanti…

  4. unknown says:

    jadikan kes ni sebagai contoh.. 1 aib bekas isteri farhan buka (ntah betul @ fitnah) semakin banyak aib isteri Farhan yg Allah sendiri buka.. pengajarannya jagalah aib sesama kita walau benci sekalipun.. doa org yg teraniaya xde hijab

  5. kaktus says:

    hahahahahah…..ni win….sesuai utk motto wife farhan

Loading...