Memang susah nak jumpa pasangan yang sanggup susah bersama tetapi kisah kali ini berakhir dengan kejadian tragis.
Seorang wanita berusia 38 tahun ditangkap selepas membunuh suaminya di sebuah kebun berdekatan dengan rumah mereka.
Serang dari belakang dengan parang
Kes pembunuhan itu berlaku di daerah Rejang Lebong, Bengkulu, Indonesia dan menurut pihak polis berlaku pertengkaran di antara suami isteri tersbebut hingga menyalahkan satu sama lain sebelum suspek bertindak kejam.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, suspek telah mengambil sebilah parang dan menyerang suaminya berusia 44 tahun dari arah belakang ketika mangsa berada di kebun.
Suspek bertindak menetak belakang leher dan mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.
Tak tahan hidup miskin
Difahamkan, suspek yang bernama Asmaul Husna itu didakwa bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati hidup dalam kemiskinan bersama mangsa.
Menurut keterangan saksi, sering berlaku perselisihan faham antara suspek dan mangsa yang kerap bergaduh akibat tekanan kewangan keluarga.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan suspek pula telah ditahan di rumah ahli keluarganya.
Media tempatan turut melaporkan suspek bakal menjalani pemeriksaan kerana dipercayai mengalami kemurungan.