“Isteri Baru Tahu Tak You Asyik WS I Kata Masih Sayang?” – Puteri Sarah Balas Surat Terbuka Syamsul Yusof

Hiburan

“Isteri Baru Tahu Tak You Asyik WS I Kata Masih Sayang?” – Puteri Sarah Balas Surat Terbuka Syamsul Yusof

Nampaknya kemelut rumah tangga antara pengarah, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana terus berpanjangan apabila pasangan selebriti itu dilihat membuat hantaran di media sosial masing-masing.

Menerusi hantaran di Instagram Story milik Sarah, dia meminta Syamsul untuk menampilkan bukti atas dakwaan yang mengatakan dia menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Advertisement

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 38 tahun itu turut memaklumkan dia enggan bersemuka dengan suaminya kerana sering memutar belit cerita.

Selama ni saya tak nak jumpa awak sebab tahu awak ni kaki putar belit cerita.

Diminta untuk menerima takdir, Sarah menegaskan bahawa dia sudah lama menerima ketentuan dan berharap penceraian mereka diselesaikan dengan segera.

Awak kata nak berpisah secara baik tapi sampai mahkamah tak lafaz jugak. Apa cerita??

Malah, Sarah turut mendedahkan pengarah filem Mat Kilau itu sudah beberapa kali menghantar kiriman mesej menyatakan hasrat ingin berjumpa kerana masih sayang.

Siapa yang beria WhatsApp saya merayu nak jumpa konon kata masih sayang? Isteri baru tahu tak?

Sebaliknya, ibu kepada dua cahaya mata itu meminta Syamsul untuk menerima takdir bahawa dia tidak mampu untuk melepaskannya selagi tidak mengikut syarat-syarat yang dimahukan oleh pengarah berkenaan.

Kalau boleh nak suruh saya tarik semua kes terhadap family Kazar. Itu syarat wajib. Sorry but no!

Terdahulu, Syamsul Yusof telah memuat naik surat terbuka untuk isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana berkaitan kemelut rumah tangga mereka di laman Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syamsul Yusof Puteri Sarah
12 months ago

"Takut Hilang Imej 'Isteri Teraniaya'.." - Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakwa PS Bersungguh Suruh Tarik Kes Nusyuz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...