“Takut Hilang Imej ‘Isteri Teraniaya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakwa PS Bersungguh Suruh Tarik Kes Nusyuz

Hiburan

“Takut Hilang Imej ‘Isteri Teraniaya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakwa PS Bersungguh Suruh Tarik Kes Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana berkenaan konflik rumah tangga yang sedang melanda perkahwinan mereka berdua.

Dalam beberapa hantaran nota itu, Syamsul menjelaskan bahawa Sarah telah mendapat surat tuduhan nusyuz itu sudah lama ketika mereka berdua dalam proses JKP lagi.

Advertisement

Pengarah filem Munafik itu juga mendakwa dia mempunyai bukti Sarah melakukan hubungan sulit dengan suami orang sejak dari awal perkahwinan mereka.

..kerana kamu risaukan nusyuz tu Sarah saya tahu, kerana didalamnya ada bukti kamu buat hubungan dengan suami orang sejak dari awal perkahwinan.

Jadi habislah imej ‘isteri teraniaya’ yang awak potreykan kepada umum selama ni, itu yang kamu risaukan.

Malah, Syamsul memberitahu bahawa Sarah ada memberi pesanan buatnya agar tidak menghebahkan mengenai nusyuz bersama suami orang itu kepada umum.

Dia dalam pada itu turut meminta agar Sarah menerima takdir bahawa dia sudah bernikah kali kedua selain tidak mengugut suami sendiri di media sosial dan berpura-pura seperti diri seorang isteri solehah yang teraniaya.

Saya tulis ni semua bukan mahu netizen sokong saya, tak perlu. Cukup Allah untuk saya.

Tetapi fikirlah adakah ini caranya kamu sebagai isteri menyelesaikan masalah dengan berpura-pura di depan media/netizen untuk meraih simpati masyarakat?

Syamsul Yusof tak balik beraya 3 tahun
1 year ago

Yusof Haslam Dan Datin Patimah Dah Reda Sikap Syamsul - "Dia Pernah 3 Tahun Tak Balik Raya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...