September 8th, 2015

Pemergian Harun Salim Bachik buat selama-lamanya baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan peminat hiburan tanah air tetapi turut sama memberikan tempias yang amat besar kepada keluarga Allahyarham. Iyerlah, selama ini Allahyarham adalah ‘bread and butter’ buat keluarga. Apabila Allahyarham sudah tiada, sudah tentu banyak impak terutama dari segi kewangan untuk keluarga beliau meneruskan kelangsungan hidup.

harun salim bachik

Seperti yang kita ketahui, sahabat baik Allahyarham Harun Salim Bachik tidak lain tidak bukan ialah Afdlin Shauki. Abang Nara serius terharu mendengar kata-kata isteri Allahyarham menerusi program Melodi tentang kebaikan Afdlin Shauki membantu keluarganya selepas pemergian Allahyarham. Inilah yang dikatakan sahabat sejati. Respek, kipidap, dongkibab buat Afdlin. Kata isteri Allahyarham Harun Salim Bachik:-

Kehidupan saya pada saat ini sangat sukar, pemergian arwah itu adalah secara tiba-tiba membuatkan diri saya terasa begitu kekosongan. Untuk memastikan kehidupan anak-anak tidak terabai saya telah menjual barangan di rumah sikit demi sikit.

Saya memang bercadang untuk pulang ke Kedah tapi anak saya duduki UPSR tahun ini. Apa-apa pun saya memang terhutang budi dan nak ucap terima kasih banyak kepada Afdlin yang banyak bantu saya sekeluarga.

Tanpa bantuan dia, saya tak mungkin beraya. Anak-anak pun tiada baju baru untuk dipakai, saat itu perasaaan sukar untuk digambarkan. Saya buat masa sekarang adalah buat perniagaan secara kecil-kecilan di online, di masa akan datang saya teruskan perniagaan yang pernah dicadangkan oleh arwah suami saya.

Idea itu sebenarnya hasil perkongsian arwah dan Afdlin. Sekali lagi saya nak ucap terima kasih tak terhingga kepada Afdlin. Walaupun saya tak berapa rapat dengannya, apa yang dia lakukan benar-benar membuktikan erti persahabatan yang sebenar antara dia dan arwah

afdlin shauki

Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik Afdlin Shauki. Bukan senang mahu mencari seorang sahabat sebegini di zaman serba moden ini. Apa pun, Abang Nara tertanya-tanya juga di manakah usaha dan tanggungjawab persatuan-persatuan artis untuk membantu keluarga Allahyarham selepas pemergiannya. Jangan bila dah ‘kantoi’ sebegini baru kelam kabut nak muncul buat sumbangan bagai. Sebelum ini haram batang hidung pun tak nampak. Kepada Afdlin, you are awesome bro!!!


Comments are closed.

Loading...