Ismail Izzani Nafi Lari Lepas Isu Video ‘Panas’, Nak Bertenang Dulu – “Kalau Korang Orang Baik, Dulu Pun Mesti Pernah Jahat”

Hiburan

Ismail Izzani Nafi Lari Lepas Isu Video ‘Panas’, Nak Bertenang Dulu – “Kalau Korang Orang Baik, Dulu Pun Mesti Pernah Jahat”

Tidak lama dahulu namanya terpalit dengan kontroversi panas selepas tular rakaman video menunjukkannya mencium dan memeluk seorang wanita di kelab malam.

Penyanyi, Ismail Izzani nampaknya sudah membuka mulut tentang isu video ‘panas’ itu serta tindakannya mengelak daripada ditemu bual oleh media sebelum ini.

Advertisement

1 year ago

"Nak Penjelasan Je" - Lari Dari Pihak Media, Ismail Izzani Kena 'Sound' Dengan Wartawan

Menerusi temu bual bersama rancangan Melodi, penyanyi berusia 23 tahun itu berkata dia tidak melarikan diri tetapi cuma mahu tenang ketika isu video tersebut hangat diperkatakan.

Jelasnya, dia mengeluarkan kenyataan di media sosial dan berpendapat orang ramai tidak akan faham jika dia terangkan sebaliknya hanya mahu menjatuhkan hukuman kepadanya.

Tambahnya, sebagai manusia, setiap orang tidak akan terlepas daripada membuat kesilapan dalam hidup dan begitulah juga dengannya.

Saya manusia biasa tak lari dari buat kesilapan. Sesiapa pun ada kontroversi. Minta maaf lah sebab saya banyak kontroversi tapi kita tak boleh nak expect orang sayang kita.”

Dalam pada itu, Ismail turut berkata ibunya Datin Suliza Salam adalah insan yang sentiasa memberinya sokongan walaupun bermacam konflik timbul membabitkan dirinya.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Youtube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...