“Nak Penjelasan Je” – Lari Dari Pihak Media, Ismail Izzani Kena ‘Sound’ Dengan Wartawan

Hiburan

“Nak Penjelasan Je” – Lari Dari Pihak Media, Ismail Izzani Kena ‘Sound’ Dengan Wartawan

Sebelum ini, penyanyi remaja iaitu Ismail Izzani telah mencetuskan kontroversi apabila video memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang menari ghairah sambil berciuman dan berpelukan dengan seorang gadis seksi di sebuah kelab hiburan.

Susulan itu, pihak media telah cuba untuk bertemu dan menemubual penyanyi berusia 22 tahun itu untuk mendapatkan penjelasan.

Advertisement

Bagaimanapun, Ismail menolak permintaan untuk ditemubual dan melarikan diri daripada wartawan selepas mengadakan persembahan bersama Naim Daniel menerusi lagu Habis Sini ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37).

Menerusi laporan Melodi, anak kepada Datin Suliza Salam itu dipercayai terus ‘angkat kaki’ dan beredar selepas selesai membuat persembahan tersebut.

Namun, tindakan Ismail itu telah mengundang rasa marah dalam kalangan pihak media kerana mereka hanya mahukan penjelasan darinya.

Tak payah nak lari-lari saya rasa, sebab wartawan nak penjelasan je. Kalau tak nak jawab pun, kitorang respect.

Bukan itu sahaja, wartawan turut memaklumkan sudah menghubungi pihak rakaman Ismail untuk mendapatkan penjelasan namun tidak berjaya.

Kalau artis tak nak bagi statement, at least pihak rakaman wajib bagi statement.

Jelas pihak media, mereka bukannya mahu menghukum Ismail tetapi sebaliknya ingin memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai isu yang berlaku memandangkan ianya turut memberi kesan kepada keluarganya.

Kita nak clearkan keadaan, supaya tak ada lagi tomahan, ‘clear the air’. Apa salahnya awak tampil kedepan dan bersuara. Jadi lelaki!

@memes.puaka

credit : youtube tv3malaysiaofficial #fyp #berandatiktok #bikinpanas

? original sound – buletin.tiktok ? – buletin.tiktok ?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Saya Akan Memperbaiki Diri" - Teruk Dikecam Gara-Gara Video 'Panas', Ismail Izzani Akui Kesilapan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...