“Islam Ke Tak Ni?” – Didakwa Cara Berdoa Macam Orang Kristian, Liyana Jasmay Teruk Dikecam

Hiburan

“Islam Ke Tak Ni?” – Didakwa Cara Berdoa Macam Orang Kristian, Liyana Jasmay Teruk Dikecam

Seperti kita tahu, setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, perkara biasa yang sering dilakukan orang ramai adalah meniup lilin di atas kek.

Advertisement

Hal ini sering menjadi perdebatan kerana ada ulama mengatakan menyambut serta melakukan perkara yang mengikuti agama lain adalah haram, namun ada juga ulama mengatakan menyambut hari lahir diperbolehkan tetapi dengan syarat tiada unsur haram.

Baru-baru ini, seorang selebriti wanita iaitu Liyana Jasmay menyambut hari kelahirannya telah mendapat perhatian ramai.

Melalui video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok itu, kelihatan Liyana sedang menggenggam tangannya sambil menutup mata, lalu meniup lilin.

Perbuatannya itu seakan-akan sama seperti cara agama lain berdoa sebelum meniup lilin dan kerana itulah, pelakon tersebut teruk dikecam oleh netizen.

Komen TikTok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa, sehingga ada mengatakan perbuatannya itu langsung tidak melambangkan sebagai umat Islam, serta meminta agar Liyana memperbaiki dirinya semula.

Bahkan ada juga berkata lebih baik menadah tangan untuk berdoa dari melakukan tangan seakan-akan ‘make a wish’ yang sering kita lihat agama bukan Islam lakukannya sebelum meniup lilin.

sharifah sakinah dituduh masuk kristian
3 years ago

"Takkan Semua Nak Tunjuk Bukti?" - Dituduh Masuk Kristian, Sharifah Sakinah Tunjuk Kad Suami Masuk Islam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...