“Takkan Semua Nak Tunjuk Bukti?” – Dituduh Masuk Kristian, Sharifah Sakinah Tunjuk Kad Suami Masuk Islam

Hiburan

“Takkan Semua Nak Tunjuk Bukti?” – Dituduh Masuk Kristian, Sharifah Sakinah Tunjuk Kad Suami Masuk Islam

Selepas mengumumkan perkahwinan bersama jejaka Sweden baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah dituduh menukar agama kerana tidak menunjukkan sebarang bukti telah bernikah.

Tuduhan yang melampaui batas terbabit telah dihantarkan kepadanya menerusi satu mesej peribadi ke akaun Instagram miliknya dengan mengatakan “Tahniah Kinah masuk Kristian”.

Advertisement

Untuk menjawab tuduhan tersebut, Kinah ada memuat naik sebuah hantaran tapi sudah dipadam, memberitahu keputusannya untuk tidak menghebohkan tentang perkahwinannya ini kerana ingin menjaga hati keluarga mentuannya.

sharifah sakinah dituduh masuk kristianSumber : mstar  

Menerusi hantaran terbabit, pelakon tersebut memuat naik paparan tangkap layar mesej yang diterima berserta bukti kad perakuan bahawa suaminya, Michael Hansen sudah pun memeluk agama Islam.

Difahamkan melalui artikel Gempak, ramai yang meminta agar Sakinah kuat hadapi ujian ini, namun ada juga netizen yang tetap menyalahkan wanita itu kerana tidak menunjukkan bukti terlebih dahulu.

Sekadar info, sebelum ini pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini mengumumkan bahawa dia bersama Michael sudah mendirikan rumah tangga.

Sharifah Sakinah dah kahwin
2 years ago

"Hal Agama Dan Isu Peribadi Sebab Tak Umum Dah Kahwin, Tak Payah Tanya Lagi" - Sharifah Sakinah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...