“Isi Rumah & Individu Tak Daftar PADU Mungkin Tercicir Dari Bantuan Kerajaan, STR” – Rafizi Ramli

Berita

“Isi Rumah & Individu Tak Daftar PADU Mungkin Tercicir Dari Bantuan Kerajaan, STR” – Rafizi Ramli

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan bahawa sebanyak 5.43 juta individu telah mengemas kini data mereka dalam Pangkalan Data Utama (PADU) dan terdapat 4,752 kawasan di mana penduduk tidak mempunyai pendaftaran dalam PADU atau program bantuan kerajaan lain.

Selangor adalah negeri dengan jumlah kawasan yang belum diliputi PADU paling tinggi, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

Advertisement

Menurut Rafizi, penduduk di kawasan yang disebut di atas adalah kebanyakannya dari golongan B40 dan B60 dan turut berisiko tercicir dari program dan bantuan kerajaan yang akan datang.

Berikutan itu, Rafizi menyeru agar semua rakyat dan kerajaan negeri untuk mengambil langkah proaktif dalam mengumpulkan mana-mana penduduk di kawasan berisiko tinggi keciciran untuk mendaftar PADU.

Jelasnya, pengemaskinian PADU akan menjadi input penting bagi memastikan semua kawasan diliputi dan tidak berlaku keciciran.

Seperti contoh, kawasan di Kuala Lumpur seperti Seputeh, Segambut dan Bukit Bintang mempunyai risiko keciciran kerana tidak menyedari bantuan dan program yang disediakan oleh kerajaan.

Beliau juga mengingatkan tarikh akhir mendaftar adalah pada 31 Mac ini dan data yang direkodkan dalam PADU akan digunakan sebagai panduan untuk merangka dasar dan menentukan kelayakan individu bagi segala program kerajaan, bantuan dan subsidi bersasar.

Jika seseorang itu tidak mendaftar dan mengemas kini data di dalam PADU, kerajaan akan menggunakan data sedia ada yang mungkin tidak tepat atau terkini. – BERNAMA

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Agong
9 months ago

Agong Murka Isu Penjualan Stokin Kalimah Allah - "Saya Mahu Diambil Tindakan Sekeras-Kerasnya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Bernama

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...