Agong Murka Isu Penjualan Stokin Kalimah Allah – “Saya Mahu Diambil Tindakan Sekeras-Kerasnya”

Kehidupan

Agong Murka Isu Penjualan Stokin Kalimah Allah – “Saya Mahu Diambil Tindakan Sekeras-Kerasnya”

Tular sebelum ini mengenai isu penjualan sarung kaki yang tertera jelas kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka di Malaysia.

Meskipun pemilik kedai serbaneka itu tampil memohon maaf, nampaknya kecaman tetap diteruskan apabila beberapa pihak telah membuat laporan polis selain gesaan untuk memboikot syarikat runcit tersebut.

Advertisement

Agong Murka

Terbaru, Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda berasa murka dengan isu serius tersebut.

Mahu tindakan tegas diambil

Dalam titah yang turut dimuat naik di Instagram, Sultan Ibrahim berkata bahawa isu tersebut tidak boleh dipandang remeh dan tindakan keras harus diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Saya baru sahaja menegur dan mengingatkan akan kepentingan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain dalam titah sulung saya di Parlimen, timbul pula perkara ini.

Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguatkuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali.

Baginda juga menzahirkan rasa tidak masuk akal jika sesebuah syarikat yang mempunyai kakitangan pelbagai bangsa tidak peka dan sedar dengan sensitiviti agama.

stokin kalimah allahSumber : Google  

Ini berikutan rakyat Malaysia sejak dari awal lagi sudah hidup dalam keadaan majmuk dan berbilang bangsa dan agama.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris turut menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam penjualan stokin yang tertera kalimah Allah ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nik sayang warga emas
1 month ago

Nik 'Sayang Warga Emas' Meninggal Dunia, Pernah Tular Kahwini Lelaki Usia 70 - "Jenazah Bersih Sahaja, Allah Mudahkan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...