Rasanya setiap masyarakat di Malaysia ‘terasa’ dengan kes kematian arwah Zulfarhan akibat dibuli dan kisah pemergiannya yang sangat tragis.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video di platform Twitter yang dikatakan berlaku semasa perlawanan bola Final Liga IPT di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menentang pasukan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Di dalam video terbabit, kelihatan penyokong yang tergolong daripada dikalangan pelajar serta pegawai UKM seakan-akan mempersendakan pasukan UPNM hingga menyentuh kisah Zulfarhan yang dianggap sensitif oleh orang ramai.
Nak banter atau nak nganjing team lawan pun agak-agaklah. Orang dah mati pun dia boleh buat main.
Kalau setakat student je yang menganjing mungkin boleh faham. Ini dengan pegawai UKM dan TNC HEP sekali join. pic.twitter.com/FnizONhtCa
— Laga Cawan ? (@LagaCawan) July 9, 2022
Sememangnya tindakan mereka yang tidak sensitif itu telah mengundang kemarahan orang ramai kerana mereka merasakan penyokong UKM tidak seharusnya menyentuh isu yang sensitif itu jika ingin ‘menganjing’.
Susulan video yang sudah tular itu, pihak Majoriti telah menemubual bapa kepada arwah Zulfarhan dan sememangnya dia meluahkan rasa kecewa dengan tindakan penyokong UKM berkenaan kerana mencampur adukkan isu kematian anaknya yang ‘pergi’ kerana di seterika.
Bagi saya, meraka tak menghormati kami sebagai keluarga arwah. Anak saya meninggal dengan keadaan yang tragis. Sudah tentu saya kecewa apabila kematian dia dijadikan bahan provokasi.
Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan penyokong-penyokong UKM itu dan merasakan hal seperti ini tidak seharusnya berlaku memandangkan semua sudah tahu bertapa tragisnya kisah kematian arwah Zulfarhan itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.