Irma Hasmie Buka Mulut Isu Perkahwinan Suami Dengan Wanita Misteri

Hiburan

Irma Hasmie Buka Mulut Isu Perkahwinan Suami Dengan Wanita Misteri

Memetik Berita Harian, pelakon Irma Hasmie akhirnya memberi sedikit kenyataan mengenai tularnya foto si suami, Redza Syah Azmeer yang secara rasmi telah bernikah dengan seorang wanita.

Irma atau nama sebenarnya Irma Hasmie Ibrahim memaklumkan dia kini dalam keadaan baik selain memohon doa orang ramai agar kesejahteraan dia dan anak-anak dalam jagaan Allah S.W.T.

Advertisement

Dia walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya suaminya itu.

Mohon doa supaya Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak serta Allah jaga dengan rahmatNya.

Doakan moga Allah beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur. Apa yang yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak).

Irma juga mengambil langkah untuk mengunci mulut ketika ditanyakan mengenai status perkahwinannya kini.

RedzaSumber : Instagram  

Terdahulu, tular foto memaparkan Redza mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita di Instagram selain lelaki itu turut memohon doa orang ramai agar diberi kebahagiaan berpanjangan bersama isterinya itu.

Irma dan Redza telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Irma Hasmie
1 week ago

"Jangan Hitung Berapa Kali Orang Menyakitimu Tapi.." - Irma Hasmie Kongsi Kata Nasihat, Netizen Doakan Yang Terbaik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...