Iqbal Zulkefli Muat Naik Teaser ‘Hujan’, Peminat Kata Boleh Bertanding Di AJL

Hiburan

Iqbal Zulkefli Muat Naik Teaser ‘Hujan’, Peminat Kata Boleh Bertanding Di AJL

Hanya memuat naik teaser lagu barunya dengan berlatar belakangkan rintik hujan, usahawan dan juga bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli telah mencuri perhatian netizen di media sosial.

Iqbal
1 bulan lalu

Pernah Dihalau Kebasahan Di Tengah Rintik Hujan, Iqbal Namakan Single Lagu Baru Sebagai 'Hujan'

Advertisement

Lagu ciptaan anggota kumpulan Floor88, Oja itu dikhabarkan akan menemui pendengar pada 1 November ini sekaligus membuatkan peminat sudah tidak senang duduk menantikan nyanyian Iqbal ini.

Jelas Iqbal lagi, babak di dalam rintik hujan itu dirakam sekitar jam 1 pagi seperti kejadian sebenar.

“Set jam pukul 5.00 petang, Isnin – 1 November ini.” tulis Iqbal di bahagian kapsyen video teaser tersebut.

Lagu bernilai RM500,000 itu dilaporkan telah menjalani penggambaran tidak henti selama 24 jam arahan Eric Fuzi yang juga anggota kumpulan Floor88.

Sebelum ini, Iqbal ada menawarkan komposer dan penyanyi yang boleh membuat lagu single untuknya malah ia turut menarik perhatian artis Indonesia, Ifan Seventeen.

Menjengah ke ruangan komen, peminat Iqbal nampaknya sudah tidak sabar menantikan karya sulung malah ada yang berharap agar lagu tersebut bertanding di anugerah berprestij Juara Lagu.

Advertisement

Malah, Iqbal menerusi Instagram Story lewat malam tadi turut meminta pendapat peminat tentang nama komersial yang sesuai digunakan olehnya samada Iqbal atau Iqbal Zulkefli.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

9 Comments

  1. Anonymous

    November 2, 2021 at 8:43 am

    tak jadi kawin ngan vida nak jadi penyanyi pulak, tak laku jadi penyanyi ko nak jadi apa pulak? batman?

  2. Anonymous

    November 1, 2021 at 10:15 am

    macam gampang je teaser bunyik hujan je. kalau berani teaser lah tang chorus. bangang je ko ni iqbal

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...