Usahawan serta bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan rasa teruja apabila ramai komposer daripada Malaysia malah Indonesia tampil menyatakan hasrat untuk bekerjasama bagi menghasilkan lagu terbaru untuknya.
Ujaq Iqbal, dia kini semakin keliru untuk memilih siapakah yang bakal dipilih bagi mencipta lagu berkaitan kisah ‘tak jadi kahwin’ bersama dengan usahawan kosmetik DS Vida.
Tambahnya lagi, dia dan Caprice ada berhubung namun terpaksa menolak tawaran penyanyi rap itu kerana dia tidak begitu gemarkan genre hip hop atau dangdut namun lebih ke arah lagu jiwang dan tangkap leleh berkisarkan soal putus cinta.
Selepas saya tawar RM500,000 untuk hasilkan lagu untuk saya nyanyi, memang ramai komposer dan penyanyi offer nak buatkan, ada antara mereka yang pernah hasilkan lagu untuk Datuk Seri SIti Nurhaliza dan penyanyi lain.
Malah, Iqbal turut menyatakan bahawa komposer dan penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Ifan Seventeen turut menghubunginya mengenai perkara itu.
Ada juga wakil komposer terkenal dari Indonesia iaitu Ifan Seventeen yang hubungi saya nak buatkan lagu. Sekarang ni saya dah pening, nak pilih siapa sebab semuanya bagus-bagus. Saya kena fikir dulu siapa yang terbaik sebab bukan sikit modal yang nak dikeluarkan.
Terdahulu, Iqbal ada menawarkan wang tunai berjumlah RM500,00 kepada sesiapa yang boleh menulis lirik dan merakamkan klip muzik video untuk dinyanyikan olehnya dalam kadar segera.
Jelasnya lagi, dia ingin mengabadikan kekecewaannya berikutan kegagalannya menyulam cinta serta berkahwin dengan DS Vida sebelum ini agar dapat terus diingati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.