Abang Nara tak sempat membaca komen-komen anda di entri JJCM yang semakin mengecewakan dengan pengacara baru iaitu Shiha dan Iqbal. Namun nampak gayanya Shiha dan Iqbal tidak melepaskan peluang untuk membaca feedback anda semua. Dan ternyata ada komen-komen yang melukakan hati mereka.
Kata Shiha yang tidak sempat membaca tetapi mendapat info daripada rakan-rakannya:-
Satu perkara yang pasti saya tidak boleh menghalang masyarakat untuk berkata apa juga mengenai persembahan saya dalam program itu namun tidak mahu terpengaruh kerana khuatir konsentrasi ketika mengendalikan JJCM terganggu. Bagaimanapun saya mengambil kata-kata negatif itu sebagai pemangkin buat diri saya untuk terus lebih maju.
Manakala Iqbal pula berkata:-
Perasaan kecewa itu tidak lama kerana saya sedar apabila orang bercakap mengenai diri kita ia bererti mereka memberikan tumpuan terhadap apa yang kita lakukan. Atas sebab itu saya ambil setiap kata-kata itu sebagai peringatan buat diri saya supaya tidak alpa dan lebih berusaha untuk memberikan terbaik.
Biasalah tue Shiha dan Iqbal. Kalau best memanglah akan dipuji. Kalau tak best nak buat kenalah tahan telinga dan menganggap kritikan sebagai pemberi semangat untuk memajukan diri. Kalau nak jadi artis tapi tak boleh dikritik tak guna juga kan?
Apa pun semoga episod-episod JJCM yang akan datang bakal menunjukkan peningkatan mereka berdua ini. Kalau tak meningkat jugak, baiklah tumpu bidang yang diceburi masa awal-awal masuk dunia hiburan. Hehehe. Kredit berita Mstar.