“Iphone Tu Kau Tukar Tiap Tahun, Pakai Jam Tissot” – Lelaki Merayu Nak Pinjam RM8.5K Buat Bayar Hutang Alphard

Kehidupan

“Iphone Tu Kau Tukar Tiap Tahun, Pakai Jam Tissot” – Lelaki Merayu Nak Pinjam RM8.5K Buat Bayar Hutang Alphard

Kisah seorang lelaki ini menjadi tular seketika di media sosial apabila dia berkongsi mengenai tindakan rakannya yang cuba meminjam wang sebanyak RM8,500 bagi membayar hutang kereta jenis Toyota Alphard kerana sudah tertunggak lebih 6 bulan.

Boleh diibaratkan seperti ‘Biar Papa Asal Bergaya’, rakan individu itu berniat untuk meminjam sejumlang wang berkenaan kerana ingin ‘menyelamatkan’ keretanya itu daripada ditarik oleh bank.

Advertisement

Namun begitu, hasrat rakannya itu terpaksa ditolak kerana individu itu tidak mempunyai wang sebanyak itu.

Saya kata, merayu keluar air mata darah sekali pun aku tak mampu nak beri RM8,500. RM8,500 ni belum tentu kau dapat bayar dan belum tentu boleh selesaikan masalah kau untuk akan datang.

Kau boros sangat, iphone tu aku tengok setiap tahun tukar, jam tu, brand tissot belum layak untuk kita bro. Aku dah nasihat jang beli Alphard walaupun gaji 5-6k sebulan. Bila aku halang, kau cakap aku tak bagi semangat.

Tidak membiarkan rakannya itu terkontang-kanting dialami masalah, individu itu dilihat memberi cadangan seperti mencairkan aset sedia ada ataupun mendapatkan bantuan daripada institusi kewangan seperti AKPK selain mengawal nafsu dalam berbelanja.

Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berkongsi pengalaman mengendalikan bayaran hutang liabiliti dan aset yang dimiliki.

“Nasihat sy.. ada duit ke tak ada duit… jgn beli mpv mewah mcm alphard dn velfire.. kete ni bukan kegunaan harian… dh ramai sy jumpa dn mereka mengeluh byr bnyk2 tiap bulan tp jd gajah putih kt umah.” komen seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Khairul aming
3 weeks ago

Ada Individu Pertikai Tindakan Khairul Aming Bagi Bonus Secara Tunai, Ramai Yang 'Back Up' - "Bisnes Dia 100% Online Kot"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...