Ada Individu Pertikai Tindakan Khairul Aming Bagi Bonus Secara Tunai, Ramai Yang ‘Back Up’ – “Bisnes Dia 100% Online Kot”

Kehidupan

Ada Individu Pertikai Tindakan Khairul Aming Bagi Bonus Secara Tunai, Ramai Yang ‘Back Up’ – “Bisnes Dia 100% Online Kot”

Sebelum ini, usahawan dan ‘influencer’ terkenal Khairul Aming berkongsi berita gembira di mana dia ada memberi bonus sempena hari raya Aidilfitri untuk para pekerjanya selain insentif-insentif yang lain.

Individu persoal bonus diberi dalam bentuk cash

Namun, perkongsian tersebut mengundang tanda tanya dalam kalangan sesetengah individu yang mempersoalkan tindakannya memberi bonus raya dalam bentuk tunai dan bukannya secara ‘bank in’.

Advertisement

“Kenapa dia bagi cash? Kenapa tak masuk bank? hehehehe” persoal individu itu.

Persoalan itu walau bagaimanapun dibidas seorang individu ini yang mendakwa Khairul Aming tidak melakukan perniagaan secara ‘offline’ sebaliknya dalam talian untuk produk sambal nyet dan juga dendeng keluaran kilangnya.

Tambahnya lagi, agak sukar untuk Khairul Aming melakukan penipuan kerana segala transaksi pastinya direkod melalui sistem yang sedia ada.

Khairul Aming nak bagi duit raya ‘cash’ pun tetap kena keluar duit dari bank sebab dia mana ada sales ‘offline’.

Semua ‘sales’ dia ‘online’ di mana dia tetap kena catat segala ‘expenses’ duit raya sebab nak keluarkan duit. Bisnes dia 100 peratus atas talian jadi segala transaksi keluar masuk dicatatkan.

Tidak ada jualan secara ‘off line’

Katanya, semenjak Khairul Aming memulakan perniagaan, usahawan itu tidak pernah berselindung dan sangat terbuka berkongsi hasil jualan yang diperolehnya kepada netizen di media sosial.

Business KA ni 100% online based kot, keluar masuk bank segala transaction.

Terdahulu, usahawan itu sering dipuji kerana menjaga kebajikan pekerja yang bekerja di kilangnya selain menjadi inspirasi kepada anak muda lain yang ingin melibatkan diri dalam dunia perniagaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Khairul Aming
4 weeks ago

(VIDEO)"Berkepuk-Kepuk Wey Duit.." - Khairul Aming Tutup Kilang, Belanja Staf 'Shopping' Raya Siap Plan Bercuti Lepas Raya!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...