(VIDEO)”Berkepuk-Kepuk Wey Duit..” – Khairul Aming Tutup Kilang, Belanja Staf ‘Shopping’ Raya Siap Plan Bercuti Lepas Raya!

Trending

(VIDEO)”Berkepuk-Kepuk Wey Duit..” – Khairul Aming Tutup Kilang, Belanja Staf ‘Shopping’ Raya Siap Plan Bercuti Lepas Raya!

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming menjadi tumpuan gara-gara video memaparkan dia membawa staf kilang perusahannya membeli barang dapur dan ‘shopping’ raya sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Khairul Aming belanja staf sempena hari raya

Perkara itu dikongsikan Khairul Aming menerusi satu hantaran di media sosial Instagram dan TikTok untuk tatapan pengikutnya.

Advertisement

Kita tutup kedua-dua kilang sebab nak raikan kesemua pekerja kita sempena hari raya yang bakal menjelma. Macam-macam aktiviti yang kami buat, pertama sekali kita bawa diorang ‘shopping’ baju raya tapi penuh sikitlah satu kedai sebab pekerja saya dah makin ramai, hampir 100 orang.

Lepas dah ‘settle’, saya bawa diorang pergi pasar raya sebab nak mereka beli barang dapur untuk keluarga buat persiapan hari raya. Masa ini semua telefon isteri dan mak ayah tanyakan barang apa lagi yang tak cukup di rumah, ‘best’ sangat tengok diorang ‘shopping’.

Bukan itu sahaja, usahawan itu turut memberikan bonus raya dan cuti raya selama seminggu buat stafnya.

@khairulaming

Alhamdulillah kita dapat Malaysia Book of Records untuk jualan satu juta ringgit terpantas di TikTokShop semasa launching Dendeng Nyet bulan lepas. This is a new milestone for me and my team. Kita takkan boleh buat semua ni tanpa sokongan daripada anda semua. Thanks guys ?? #KongsiSelera #KongsiBersama #IftarwithKhairulaming #TikTokShopBazarRaya2024

? original sound – Khairulaming – Khairulaming

Selepas itu saya bawa diorang pulang ke kilang untuk momen yang paling diorang tunggu-tunggu iaitu pemberian bonus duit raya. Jadi macam biasa, kita kongsi rezeki sikit kepada diorang untuk menyambut hari raya.

Peminat puji cara Khairul Aming santuni pekerja

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan Khairul Aming sebagai majikan yang sangat menghargai para pekerjanya.

Ada juga yang bertanyakan tentang cara memohon untuk bekerja dengan Khairul Aming di kilangnya yang berlokasi di Kelantan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di  bawah.

Tengku muhammad
4 weeks ago

(VIDEO) Tengku Muhammad Bakal Tamat Zaman Bujang, Bakal Isteri Jadi Tumpuan Rakyat- "Tengku Natasya Adnan Nama Diberi"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...