iPhone 13 Bolehkan Pengguna Kekal Berhubung Tanpa Rangkaian?

Teknologi

iPhone 13 Bolehkan Pengguna Kekal Berhubung Tanpa Rangkaian?

Untuk pengetahuan, terdapat laporan yang mengatakan bahawa siri iPhone 13 ini boleh buat panggilan atau menghantar mesej walaupun tanpa rangkaian dan hanya menggunakan komunikasi satelit. Pergh! Biar betul?

3 years ago

iPhone 13 Dijangka Berharga Sehingga RM9k?

Ciri komunikasi satelit ini membolehkan kita kekal berhubung tanpa adanya perkhidmatan internet langsung. Walaubagaimanapun, ianya hanya terhad dan boleh digunakan waktu kecemasan saja menurut laporan Fuzz.my.

Advertisement

iPhone 13
Dalam satu lagi laporan daripada Bloomberg, ia juga berpotensi untuk menyelamatkan nyawa dan sebagainya kepada pengguna sekiranya berada dalam situasi yang bahaya untuk kekal berhubung.

Terdapat juga laporan dimana ciri ini akan mula tersedia pada tahun depan. Kalau ada ciri ini pada iPhone 13 nanti, memang terbaik gila! Apapun, sama-sama kita tunggu sewaktu pelancarannya nanti sama ada ianya benar atau tidak.

Sebelum ini, ada yang mengatakan bahawa iPhone 13 akan hadir dengan ciri Touch ID yang telah digantikan dengan Face ID bagi model-model selepas iPhone siri 8. Bukan tu jer, ciri Always On Display yang memaparkan jam dan notifikasi walaupun iPhone tidak dihidupkan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...