Intipati Bajet 2022: Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera

Trending

Intipati Bajet 2022: Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’, pembentangan Bajet 2022 yang sedang berlangsung sekarang mendokong tiga paksi utama iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan.

Justeru itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini tampil mengemukakan pelbagai inisiatif, bantuan dan manfaat yang bakal diperoleh rakyat menerusi Bajet 2022.

Advertisement

1 year lalu

Belanjawan 2021: Ahli KWSP Dibenarkan Keluar Simpanan Akaun 1 RM500 Sebulan, Ini Senarai Bantuan Yang Diperoleh Rakyat

Menurut laporan Berita Harian, sebanyak RM332.1 bilion disediakan dalam Bajet 2022 ini dan ia merupakan antara yang tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini. Berikut merupakan intipati Bajet 2022 yang dibentangkan hari ini.

(BANTUAN KELUARGA MALAYSIA)

  • Bantuan RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang daripada RM2,500.
  • Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan sehingga RM5,000.
  • Bantuan tambahan RM300 kepada warga emas.
  • Syarat kelayakan kebajikan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding RM980.
  • Kerajaan sediakan RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia untuk pimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak.

Bajet sebanyak RM32.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan.

  • Kerajaan bercadang beri pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.
  • Kerajaan bercadang meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula, perluaskan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin.
  • Kerajaan setuju sambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi maksimum empat tahun selepas tempoh khidmat wajib dua tahun.
  • Kerajaan meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM100 juta yang memberi manfaat 3,000 pegawai kontrak perubtaan dan pergigian.
  • RM70 juta diperuntukkan untuk pastikan isu kesihatan mental diberi keutamaan.
  • Skim MySalam diperluas kepada semua penerima BKM, manfaat tuntutan kos peranti perubatan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima.

Bajet sebanyak RM52.6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, manakala RM14.5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Kerajaan setuju sediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, dijangka manfaatkan tiga juta murid-murid yang layak.
  • RM1 bilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, termasuk RM140 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
  • RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil.
  • RM746 juta diperuntukkan untuk naik taraf sekolah-sekolah daif, sebilangan besar di Sabah (112 projek) dan Sarawak (165 projek).
  • RM50 juta diperuntuk untuk memperkasa agenda pendidikan khas termasuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.
  • Kerajaan teruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan peruntukkan RM400 juta.
  • Lebih 400,000 guru sekolah bawah Kementerian Pendidikan dapat manfaat Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM100.
  • Setiap pelajar B40 di IPT dibekalkan sebuah tablet menerusi inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia, libatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM450 juta.
  • Pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet hingga 31 Disember 2022.
  • Diskaun bayaran balik PTPTN antara 10 hingga 15 peratus bermula 1 November hingga 30 Apil 2022.
  • RM6.6 bilion diperuntukkan untuk memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.
  • Potongan cukai dua kali kepada syarikat beri biasiswa kepada pelajar IPT dalam semua bidang pengajian.

RM4.8 diperuntuk bagi melaksanakan inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja), jamin penyediaan 600,000 ribu peluang pekerjaan.

  • Kerajaan beri insentif 20 hingga 30 peratus daripada gaji bulanan kepada majikan yang ambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif berkerja.
  • Kerajaan beri insentif 30 hingga 40 peratus daripada gaji bulanan RM1,200 ke atas kepada majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU, Orang Asli dan banduan.
  • 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan swasta ditawarkan menerusi inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP).
  • RM1.1 bilion diperuntuk untuk pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan sasaran 220,000 pelatih.
  • Pelepasan cukai bagi perbelanjaan hadir kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 hingga 2023.
  • Program Baucar Perlindungan Tenang untuk B40 dinaikkan kepada RM75, boleh diguna untuk beli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Jan 2022.
  • Inisiatif i-Saraan diperluas kepada individu berumur 55 sehingga 60 tahun, babitkan peruntukkan RM30 juta.
  • RM80 juta diperuntuk di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia.
  • Inisiatif perlindungan sosial negara di bawah Perkeso diteruskan dengan nilai caruman 80 peratus, manfaat diperluas kepada sembilan kategori termasuk artis.
  • Kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan Perkeso dinaikkan kepada RM550 akan bantu 56,000 isi rumah.
  • Pelepasan cukai hingga RM4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman secara sukarela.
  • Had pelepasan cukai dinaikkan kepada RM350 untuk galak pekerja swasta mencarum dengan PERKESO.
  • RM11.4 bilion diperuntuk bagi memperkasa Bumiputera.
  • RM1.5 bilion diperuntuk bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.
  • Pemberian khas sekali bayar RM500 kepada 70,000 imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kafa.
  • RM200 juta diperuntuk untuk kaum Cina, RM145 bagi kaum India dan RM274 juta kepada komuniti Orang Asli.
  • RM10 juta disediakan untuk galakkan anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan.
  • Kadar wang saku pelajar Sekolah Menengah dalam kalangan Orang Asli dinaikkan kepada RM4 sehari.
  • Geran RM6,000 untuk setiap Kawasan Rukun Tetangga libatkan peruntukan RM50 juta, manakala RM 50 juta untuk kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan PBT.
  • Semua syarikat senaraian awam wajib lantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita.
  • RM30 juta diperuntuk untuk sediakan taska di bangunan kerajaan, pinda garis panduan benarkan taska beroperasi di aras melebihi tingkat satu pejabat.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi bayaran yusan taska dan tadika hingga tahun taksiran 2023.
  • RM13 juta diperuntuk bagi memperkasa Bahagian D11 PDRM, 100 perjawatan baharu akan diwujudkan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...