Belanjawan 2021: Ahli KWSP Dibenarkan Keluar Simpanan Akaun 1 RM500 Sebulan, Ini Senarai Bantuan Yang Diperoleh Rakyat

Trending

Belanjawan 2021: Ahli KWSP Dibenarkan Keluar Simpanan Akaun 1 RM500 Sebulan, Ini Senarai Bantuan Yang Diperoleh Rakyat

Bertemakan “teguh kita, menang bersama”, pembentangan Belanjawan 2021 yang terbahagi kepada tiga matlamat utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi kali ini merupakan belanjawan pertama pentadbiran Perikatan Nasional.

Justeru, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz tampil mengemukan pelbagai, bantuan dan manfaat yang bakal diperoleh rakyat menerusi Belanjawan 2021:

Advertisement

(BANTUAN PRIHATIN RAKYAT)

• Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 diberi antara RM1,200 hingga RM1,800 bergantung kepada bilangan anak.

• Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM4,000 terima antara RM800 hingga RM1,200 bergantung kepada bilangan anak.

• Isi rumah berpendapatan antara RM4,001 hingga RM50,000 terima antara RM500 hingga RM750 bergantung kepada bilangan anak.

• Orang bujang berusia 21 tahun ke bawah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan terima RM350.

(WANG CARUMAN KWSP)

• Pencarum KWSP dibenar keluarkan caruman Akaun 1 RM500 sebulan untuk 12 bulan mulai Januari 2021.

• Caruman Pekerja KWSP dikurangkan dari 11% kepada 9%.

(MANFAAT LAIN)

1% pengurangan dalam cukai pendapatan bagi mereka yang bergaji RM50,000 hingga RM70,000 setahun.

• RM150 juta disalurkan untuk melanjutkan elaun pencarian kerja Perkeso selama 3 bulan.

• RM3.7 bilion untuk Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) bagi mewujudkan pekerjaan dan meningkatkan kemahiran.

• Pengecualian cukai sehingga RM8,000 untuk rawatan penyakit serius.

• Pengecualian cukai sehingga RM1,000 untuk saringan kesihatan.

• Pengecualian cukai sehingga RM8,000 untuk rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa.

• Pemberian one-off RM500 kepada anggota barisan depan KKM yang akan memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan.

• Kredit e-dompet sekali beri bernilai RM150 untuk remaja berusia 18 hingga 20 tahun.

• Pas perjalanan bulanan tanpa had berharga RM5 untuk pelajar dan OKU.

• Elaun sara hidup nelayan naik daripada RM250 kepada RM300 sebulan mulai Januari.

• RM400 juta untuk menghapuskan faedah hutang kebun peneroka Felda.

Sumber: FMT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...