Sama seperti orang lain, pelakon Intan Najuwa mengakui yang dia pernah dikhianati oleh sahabat sendiri sebelum ini.
Menurut Intan, perkara tersebut telah menyebabkan dirinya lebih memilih untuk mengekalkan kelompok kecil dalam bersahabat.
Pernah, banyak kali jadi sebab itulah sekarang saya lebih berhati-hati memilih kawan dan saya pilih small circle sahaja.
Intan turut memberitahu yang dia kini sudah memutuskan terus hubungan dengan kawan tersebut kerana itu sahaja caranya untuk menjaga ketenteraman diri.
Dalam pada itu, Intan juga sempat menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah meletakkan kepercayaan kepada seseorang walaupun sebaik mana kelakuannya.
Namun sebaliknya, diri perlu lebih berhati-hati dalam memilih kawan supaya dapat kawan yang berkualiti dan boleh dipercayai.
Ujar Intan lagi, tidak semua orang di depan mata yang baik itu kita boleh percaya dan pengalamannya tersebut bagus untuk dijadikan pengajaran supaya lebih berhati-hati apabil berjumpa orang selepas ini.
Sekadar info, Intan Najuwa kini membintangi sebuah drama berjudul Tikam yang bersiaran setiap Rabu, pukul 9.30 malam secara ekslusif di Astro Ria.