Bergandingan Dengan Idris Khan, Peminat Kata Intan Najuwa Serasi Dengan Lelaki Berjambang

Hiburan

Bergandingan Dengan Idris Khan, Peminat Kata Intan Najuwa Serasi Dengan Lelaki Berjambang

Kalau dah namanya peminat setia, pasti ada saja yang gemar ‘menjodohkan’ artis kesukaan mereka dengan selebriti yang lain jika tampil serasi dalam sesebuah naskah drama ataupun filem.

Intan Najuwa
2 years ago

Sambung Belajar Asasi, Intan Najuwa Kini Bergelar Pelajar Undang-Undang

Advertisement

Tidak terlepas daripada perkara itu, aktres Intan Najuwa khabarnya cuba ‘dipadankan’ netizen apabila dia dikatakan sangat serasi berlakon disamping aktor tampan, Idris Khan.

Ianya bermula apabila Intan ada berkongsikan sedikit klip video sebalik tabir pembikinan sebuah drama lakonan terbaru bersama pelakon lelaki itu di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memuji keserasian kedua-dua pelakon ini dan dilihat sesuai benar jika berhubungan sebagai kekasih.

Malah, ada juga yang berkata Intan secocok jika bersama dengan lelaki yang mempunyai jambang atau kumis.

Sebelum ini pelakon genit itu pernah dikaitkan dengan beberapa hero drama seperti Zul Ariffin dan Redza Rosli yang juga berjambang.

Mungkin Intan suka dengan lelaki yang ada tumbuh bulu pada wajah kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...