Intan Ladyana & Kamal Adli Sudah Putus Cinta Sejak Ramadhan

Hiburan

Intan Ladyana & Kamal Adli Sudah Putus Cinta Sejak Ramadhan

Abang Nara dah cakap dah. Kalau bercinta, jangan lama-lama. Kalau boleh nikah cepat-cepat. Bercinta lama-lama ini banyak dugaannya. Agaknya inilah yang terjadi kepada Kamal Adli dan Intan Ladyana. Punyalah lama bercinta, sampai bertahun-tahun, akhirnya terputus jua di tengah jalan. Mereka berdua bukan lagi pasangan kekasih sejak Ramadhan yang lalu.

kamal adli intan ladyana

Advertisement

Sebelum ini memang sudah ada desas-desus hubungan mereka berdua bermasalah apabila Intan Ladyana berkongsi beberapa gambar di Instagram yang membayangkan perasaan sedihnya. Namun desas-desus itu telah dinafikan oleh Kamal Adli. Apa pun, Intan Ladyana memaklumkan menerusi RotiKaya yang mereka berdua kini sudah tiada apa-apa hubungan. Kata Intan Ladyana:-

Kami sudah tidak ada apa-apa lagi. Hubungan ini berakhir sejak akhir Ramadan lagi. Tak ada jodoh antara kami berdua. Kenapa kami buat keputusan ini saya tidak boleh beritahu,

kamal adli

Sebelum ini, kontroversi turut menghimpit Intan Ladyana apabila gambar dirinya dikucup oleh Shah Iskandar telah bertebaran di Internet. Adakah ia salah satu punca perpisahan? Hanya Intan Ladyana dan Kamal Adli sahaja yang tahu. Apa pun kalau bercinta lagi selepas ini, kahwinlah cepat-cepat. Jangan memadu kasih lama sangat. Takut pisang berbuah dua kali. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...