Pelakon Intan Ladyana tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan yang mengaitkan suaminya, Harris Alif dengan isu curang selepas tular rakaman perbualan romantis bersama seorang wanita dalam sebuah permainan video dalam talian.
Mengulas perkara tersebut, Intan memilih untuk tidak mencampuri isu berkenaan kerana merasakan dirinya tidak terlibat secara langsung dalam situasi yang diperkatakan.
“Kalau dakwaan curang atau salah faham itu kena tanya pihak yang terlibat. Saya tak ada kena mengena bukannya saya yang dikatakan curang.”
“Saya kiranya seeprti pihak ketiga, tidak berada dalam situasi itu. Kena tanya mereka yang berkenaan,” ulasnya ringkas.
Intan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel yang berlangsung di Jiwa Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Intan menegaskan bahawa sebagai seorang isteri, dia berpegang kepada prinsip tersendiri dan tidak akan menyokong perkara yang dianggap salah.
“Saya sebagai isteri saya boleh cakap saya bukan enabler. Apa yang salah itu tetap salah dan apa yang betul tetap betul. Jadi kena tahu sendiri batas macam mana. Insya-Allah tidak akan berlaku lagi.”
“Saya tahu batas saya, dia pun tahu batas dia, lebih senang begitu. Tak perlu macam nak kontrol, diri sendiri kena tahu.”
Pada masa sama, Intan turut mengambil pendekatan untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menyerahkan kepada individu terlibat untuk menilai tindakan masing-masing.
“Tapi saya tak adalah nak salahkan perempuan itu atau Haris. Mereka sendiri kena tahu, kalau mereka rasa apa yang mereka buat itu salah atau betul itu adalah pandangan masing-masing,” ujarnya.
Terdahulu, Harris Alif menafikan tuduhan ‘microcheating’ dan menjelaskan video tular itu hanyalah lakonan watak dalam dunia Roleplay permainan dalam talian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
