Anak perempuan kepada arwah Hani Mohsin dan Puan Sri Tiara Jacquelina, Hani Karmila, telah selamat bernikah semalam, mengakhiri perjalanan cinta bersama pasangannya.
Momen indah itu dikongsikan oleh Eh! yang turut memuat naik rakaman persiapan pernikahan Hani sambil ditemani oleh ibunya, Tiara Jacquelina.
Pelakon popular tersebut turut menitipkan rasa terima kasih kerana ramai masih mengingati arwah Hani Mohsin.
Katanya,
Terima kasih juga atas ingatan dan doa untuk arwah Hani Mohsin. Insyaallah beliau happy melihat anak kesayangan beliau bergelar isteri.
Pernikahan ini turut disambut dengan rasa syukur, di mana banyak yang mengingatkan arwah Hani Mohsin dengan penuh kasih sayang.