“Insya- Allah Father Of 5” – Beri Bayangan Bakal Timang Anak Kembar, Daler Yusof Umum Berita Gembira

Hiburan

“Insya- Allah Father Of 5” – Beri Bayangan Bakal Timang Anak Kembar, Daler Yusof Umum Berita Gembira

Pelakon kacak, Daler Yusof baru-baru ini ada mengumumkan bahawa dia dan isteri bakal menimang cahaya mata ke-4 sekaligus mengejutkan peminat yang rata-rata menyangka dia masih lagi bujang dan tidak pernah berkahwin.

Terbaru, aktor itu kembali mencuri tumpuan apabila dia memberi bayangan bakal menimang cahaya mata kembar pula!

Advertisement

Daler atau nama sebenarnya Daley Yusuf Khamrokulov Muhammad turut berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram untuk tatapan peminat.

Insya-Allah father of 5.

Dia juga berkongsi dua keping foto imbasan ‘ultrasound’ yang dipercayai milik bayi kembarnya.

Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi komen-komen netizen yang mengucapkan tahniah di atas anugerah Allah terindah itu.

Sebelum ini, Daler dan isteri ada mencuri tumpuan warga maya apabila mereka berdua tampil membuat pengumuman bakal menimang cahaya mata baharu pada tahun ini.

Berikutan itu, ramai peminat meluahkan rasa terkejut setelah mengetahui Daler sebenarnya sudah berkahwin sejak 10 tahun yang lalu dan telah mempunyai tiga orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aiman Hakim Ridza
4 months ago

"Suami Kepada Pelakon Jelita" - 'Unbothered' Dan 'Helok', Penampilan Terbaru Aiman Hakim Ridza Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...