“Suami Kepada Pelakon Jelita” – ‘Unbothered’ Dan ‘Helok’, Penampilan Terbaru Aiman Hakim Ridza Jadi Tumpuan

Hiburan

“Suami Kepada Pelakon Jelita” – ‘Unbothered’ Dan ‘Helok’, Penampilan Terbaru Aiman Hakim Ridza Jadi Tumpuan

Sejak beberapa hari yang lalu, nama pelakon Zahirah MacWilson dan suami, Aiman Hakim Ridza menjadi tumpuan dek kerana ‘keributan’ yang dicetuskan oleh aktres Fathia Latiff tempoh hari.

Meskipun kontroversi yang dicetuskan Fathia itu agak panas sehingga melibatkan rakan selebriti yang lain, pasangan suami isteri itu seolah-olah tidak mengambil kisah dan tetap meneruskan kehidupan masing-masing.

Advertisement

Tak peduli kontroversi

Terbaru, Aiman Hakim Ridza mencuri tumpuan peminat dan netizen di alam maya setelah dia tampil menjadi model untuk majalah Glam Lelaki terbitan Januari 2024.

Tampil segak dan tampan, pelakon dan model itu menuai pujian daripada netizen yang rata-ratanya memuji tentang sikap tidak ambil kisah mengenai apa yang terjadi beberapa hari ini.

Zahirah turut meninggalkan komen ‘love’

Malah, Zahirah turut meninggalkan komen emoji berbentuk ‘love’ atas hantaran terbaru suaminya itu.

Membuka tirai tahun baharu, GLAM Lelaki mempersembahkan hero Malaya, Aiman Hakim Ridza sebagai wajah pilihan untuk edisi digital Januari 2024. Suami kepada pelakon jelita Zahirah MacWilson ini mengumumkan bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.

Netizen minta jangan layan

Menjengah ke ruangan komen, hampir kesemua netizen dan peminat ‘memetik’ nama Fathia dan meminta Aiman dan Zahirah untuk terus mengabaikan segala provokasi  selain mendoakan agar rumah tangga Aiman dan Zahirah sentiasa dilindungi dan diberkati.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fathia latiff
4 months ago

"Kalau I Mental I Dah Ada Di Hospital Tanjung Rambutan" - Fathia Latiff Nafi Alami Masalah Kesihatan Mental

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...