Personaliti media sosial, Adira Salahudi meluahkan perasaan kecewa serta takut di laman Instagramnya berkenaan tentang pembantu rumahnya yang membuat kecoh baru-baru ini.
Difahamkan melalui hantaran yang dibuat oleh Adira, dia bersama ibu mentuanya berada di sekitar Kuala Lumpur sempena menyambut hari lahirnya dan secara tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada abangnya sekitar 6 pagi memberitahu pembantu rumah lari ikut pintu belakang.
Menurut abangnya, pembantu rumah mereka dipercayai telah melarikan diri dari rumah sekitar jam 5 pagi selepas memberitahu kepada abang Adira yang dirinya hendak kebelakangan untuk basuh baju.
View this post on Instagram
Keluarga Adira menyedari kehilangan pembantu rumahnya itu apabila dipanggil oleh kakaknya tetapi tiada siapa yang menyahut semasa mendengar Alva (anak perempuan Adira) menangis tidak henti-henti.
Selang beberapa minit kemudian, pembantu rumahnya dijumpai oleh pengawal keselamatan ketika dia cuba untuk keluar melalui guard house dan selepas itu dikatakan pembantu rumah tersebut mengugut keluarganya untuk membunuh diri sambil pegang pisau.
Biarpun dalam keadaan takut, Adira sempat meluahkan rasa kecewa kerana selama ini mereka menjaga pembantu rumahnya dengan baik dan tidak menyangka akan dibalas seperti ini.
Walau bagaimanapun, Instafamous ini turut berasa syukur kerana anak serta keluarga abangnya tidak diapa-apakan ketika itu.
Sampai macam tu sekali dia punya nak lari rumah tu..