89 Orang Terbunuh, WHO Hantar Pasukan Siasat Penyakit Misteri Di Sudan Selatan

Dunia

89 Orang Terbunuh, WHO Hantar Pasukan Siasat Penyakit Misteri Di Sudan Selatan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menghantar satu pasukan bagi menyiasat penyakit misteri yang telah membunuh 89 orang di wilayah Sudan Selatan.

Manakala, Kementerian Kesihatan Selatan menyatakan bahawa penyakit ‘tidak dikenal pasti’ ini adalah endemik di bandar utara Fangak, negeri Jonglei.

Advertisement

Menurut laporan BBC, kumpulan siasatan akan memulakan proses dengan mengambil sampel daripada mereka yang dijangkiti dengan penyakit misteri ini. Selain itu, organisasi ini juga akan membuat penilaian yang merangkumi siasatan risiko.

Sudan Selatan

Siasatan penyakit misteri di Sudan Selatan kali ini mencabar apabila kawasan yang bakal dikunjungi oleh pasukan WHO sedang mengalami banjir besar baru-baru ini.

Kira-kira 835,000 orang telah terjejas akibat banjir di Sudan Selatan dengan 35,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Menurut laporan The Independent, keadaan huru-hara akibat banjir kini meningkatkan tekanan ke atas kemudahan kesihatan.

Sudan Selatan

Sudan Selatan adalah sebuah negara yang besar dengan sebahagian penduduknya lebih memilih untuk tinggal di kawasan luar bandar.

Di sana, kemiskinan adalah endemik dengan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk ditakrifkan sebagai miskin pendapatan kurang daripada USD$1 sehari.

Aliff Syukri
11 mins ago

Lagu Raya Aliff Syukri Curi Perhatian Netizen, Kalini 'Beraksi' Dalam Tab Mandi Pula - "Tiap Tahun Nak Tunjuk S*hai"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...