Insiden Tembakan Pusat Beli Belah Setia Alam: Seorang Cedera Ditembak, Polis Sedang Buru Suspek

Berita

Insiden Tembakan Pusat Beli Belah Setia Alam: Seorang Cedera Ditembak, Polis Sedang Buru Suspek

Gempar di sebuah pusat beli belah di Setia Alam malam tadi selepas pengunjung tiba-tiba terdengar bunyi tembakan sebelum diarahkan untuk keluar dari bangunan berkenaan.

Rakaman memaparkan suasana di dalam pusat beli belah berkenaan yang dirakam sendiri oleh pengunjung tular di media sosial memaparkan orang ramai dalam keadaan berjaga-jaga dan menyorok sedang berjalan menuju ke arah luar.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pasukannya tiba di lokasi kejadian dan telah memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut dan melakukan flushing di kawasan sekitar sebelum mengesahkan situasi dan lokasi kejadian adalah selamat.

Seorang pekerja pembersihan dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan punggung akibat ditembak oleh suspek yang juga warga tempatan.

Ujarnya, kejadian itu berlaku lebih kurang jam 10 malam sebelum premis di pusat beli belah tersebut ditutup dan suspek telah menuju ke arah mangsa sebelum melepaskan tembakan.

Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.

mangsa tembak Setia City Mall

Suspek juga kemudian melarikan diri selepas melepaskan tembakan dengan menahan sebuah kenderaan dan memaksa pemandu itu membawanya keluar dari kawasan terbabit.

Suspek kemudian memaksa pemandu itu menurunkannya di tepi jalan sekitar Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan pemandu terbabit kemudiannya membuat laporan polis.

Berikutan itu, pihak polis kini sedang giat menjejaki suspek di lokasi terakhir dia dilihat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tembakan rambang
1 year ago

"Ada Orang Berwajah Sepertinya Bagitahu Siapa Yang Perlu Ditembak" - Kronologi Kes Tembakan Rambang Di Bangkok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...