Seperti yang ramai tahu, sebelum ini berlaku insiden air mata, merajuk dan kecaman hebat sejak lebih dua minggu lalu mengaitkan juri tetap rancangan Famili Duo, Mas Idayu dan penyanyi, Sissy Imann.
Bagaimanapun, spekulasi perang dingin antara kedua selebriti itu berakhir menerusi adegan pelukan mesra antara mereka di pentas akhir Famili Duo, Ahad lalu.
Bukan itu sahaja, momen gembira ketika penyampaian hadiah pertandingan tersebut turut disaksikan oleh penyanyi, Naim Daniel dan seorang lagi juri, Ajai.
Malah, Mas Idayu yang lebih mesra dipanggil mummy itu turut berkongsi momen indah tersebut menerusi Instagramnya.
Sayang selalu.
Menurutnya lagi, Sissy dan Naim telah memberikan persembahan yang terbaik selain memuji kualiti vokal mereka yang semakin meningkat.
Pendapat saya, saya kalau tak suka saya cakap tak suka. Tapi malam ini adalah vokal yang paling bagus pernah awak persembahkan.
Hanya ada satu minggu yang kamu silap besar, minggu lain-lain awak sangat bagus. Awak lupa yang awak berdua sangat hebat. Overall saya memang suka.
Sususlan itu, tindakan tersebut telah membuka mata orang ramai bahawa nilai kasih sayang antara seorang guru dan anak murid lebih besar daripada kebencian.
Info tambahan, pasangan duo Sissy dan Naim berada di tangga keempat dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.