“Saya Tak Sempurna Tapi Saya Tak Fake!” – Mawar Karim ‘Perli’ Fizo Omar Lagi?

Hiburan

“Saya Tak Sempurna Tapi Saya Tak Fake!” – Mawar Karim ‘Perli’ Fizo Omar Lagi?

Sebelum ini, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim memaklumkan bahawa hidupnya kini lebih bahagia berbanding dahulu.

Bukan itu sahaja, usahawan tudung terkenal itu turut memberi bayangan bahawa bekas suaminya itu hidup di atas tanggungannya.

Advertisement

Tampil memberi respon, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar pula seolah-olah memuat naik status sindiran kepada bekas isterinya.

Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk. Fitnah pun adalah satu rezeki. Rezeki ujian yang akan memberikan kekuatan.

Tidak berhenti di situ, baru-baru ini Mawar sekali lagi memuat naik beberapa petikan berbaur sindiran namun tidak menyebut nama mana-mana pihak.

Saya mungkin tidak sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya tidak berpura-pura. Dengan saya, apa yang awak lihat itulah yang awak dapat.

Bukan kerja saya untuk dedahkan orang yang berpura-pura. Akan sampai satu masa mereka sendiri yang akan mendedahkan diri mereka yang sebenarnya.

Info tambahan, Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam.

Namun, mereka bercerai pada 10 Julai 2019 dan Fizo kemudiannya telah berkahwin dengan bekas pramugari, Fazeera pada Oktober 2021 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Difitnah Pun Salah Satu Rezeki. Alhamdulillah, Allah Masih Berikan Kesabaran" - Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...