Baru-baru ini sebuah poster filem seram yang berasal dari Indonesia telah tular apabila poster tersebut menggunakan ayat Al-Quran dan terlihat seperti tidak menghormati kesucian ayat-ayat tersebut serta umat Islam yang lain.
Dalam poster berkenaan, kelihatan seorang wanita yang tidak bertudung sedang dirasuk dan diselubungi oleh kain hitam yang tertulis beberapa baris ayat Al-Quran serta dikelilingi oleh beberapa buah Al-Quran juga.
Kalam-kalam Allah sepatutnya ditempatkan pada tempat-tepat yang elok, indah dan mulia. Bagi aku, ini satu penghinaan.
More than biadap. Hari tu ada gimik seram tengok wayang tiba-tiba ada orang pakai telekung jadi hantu. Gimik murahan semata-mata.
Orang ramai juga tidak berpuas hati dengan tindakan pihak produksi yang membenarkan poster itu ditayangkan untuk filem tersebut. Netizen menganggap hal tersebut tidak sensitif yang tak sesuai untuk digunakan dengan cara begitu.
Bukan itu sahaja, ada juga sesetengah yang berpendapat bahawa hantu-hantu yang memakai telekung itu tidak memberi sebarang pengajaran yang baik. Penggunaan telekung itu sepatutnya untuk perkara yang mulia dan bukan untuk diguna pakai atas tujuan yang menyeramkan.
Isu poster ini juga telah mendapat perhatian Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang mengarahkan pengedar filem seram terbitan syarikat produksi Indonesia itu untuk menarik balik dan membuat penukaran poster.