“Bismillah..” – Syamsul Yusof Bakal Terbit Filem Terbaru Bergenre Seram Lagi!

Hiburan

“Bismillah..” – Syamsul Yusof Bakal Terbit Filem Terbaru Bergenre Seram Lagi!

Meskipun dirinya masih hangat disebut-sebut peminat di media sosial mengenai kisah rumah tangganya bersama bekas isteri dan isterinya kini, namun Syamsul Yusof dilihat tidak mengendahkan berita-berita tersebut dan ‘jalan terus’ dalam kariernya.

Terbaru, pengarah filem Munafik itu khabarnya sedang dalam proses membuat skrip bagi naskah terbarunya tidak lama lagi bersama Astro Shaw.

Advertisement

Kongsi Syamsul, dia bakal menerbitkan filem bergenre seram selepas filem Khurafat, Munafik 1 dan Munafik 2.

Syamsul YusofSumber : Instagram  

Sedang menulis, skrip filem terbaru untuk Astro Shaw. Ia adalah filem seram seterusnya setelah Khurafat, Munafik 1 & Munafik 2. Bismillah.

Untuk rekod, isteri kepada anak pelakon Kaza Saisi ini pernah mencatat sejarah dalam pembikinan filem Mat Kilau apabila berjaya mengutip kutipan panggung bernilai lebih RM97 juta.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shakilla khoriri
6 months ago

"I Komen Pasal 'Main' Suami Orang Berdasarkan..." - Wanita Tuduh Shakilla Khoriri Berzina Tampil Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...