Ini Rupanya Sebab Atlet Perlu ‘Shower’ Lepas Buat Terjunan

Kehidupan

Ini Rupanya Sebab Atlet Perlu ‘Shower’ Lepas Buat Terjunan

Baru-baru ini, atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri telah mencuri perhatian apabila berjaya menduduki empat terbaik dalam kejohanan Olimpik Tokyo 2020.

3 years ago

Senyuman Dhabitah Tetap Menangi Hati Warga Malaysia

Advertisement

Tidak kurang hebatnya duo penerjun negara, Pandelela Renong dan Leong Mun Yee yang turut bekerja keras demi menyumbangkan pingat pertama negara.

Walaupun tidak dapat menganugerahkan sebarang pingat, namun kesungguhan mereka yang tidak mudah mengalah wajar dipuji dan diberikan penghargaan.

Mengapa atlet perlu shower?

Atlet penerjun mengambil shower selepas terjunan

Namun, timbul persoalan dalam benak fikiran apabila kita melihat para atlet menuju ke bahagian shower selepas melakukan terjunan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa mereka melakukan itu walaupun mereka tidak sedikit pun kotor selepas melakukan aksi tersebut.

Terdapat juga persoalan, mengapa mereka tidak mengambil tuala kering dan mengelap saja badan mereka? Tidakkan itu lebih mudah.

Setiap perbuatan mesti ada sebabnya. Perkara yang dilakukan oleh atlet terjunan itu mempunyai sebab kukuh mengapa mereka perlu melakukan itu.

Menurut artikel Kens5, shower yang disediakan itu adalah air panas dan menjadi kewajipan bagi para atlet untuk memanaskan badan mereka selepas keluar daripada kolam.

Mengelakkan kecederaan

Gambar Pandelela Renong dan Leong Mun Yee

Sebenarnya, ia bertujuan bagi menjaga keselamatan setiap peserta bagi mengelakkan mereka daripada ditimpa kecederaan.

Air panas melalui mandian itu mampu melindungi otot mereka supaya dalam keadaan baik untuk menghadapi pusingan berikutnya.

Atlet perlu melegakan tekanan otot 

Menurut The Sukan, hal ini kerana peserta yang sudah selesai melakukan terjunan, mereka perlu menunggu sehingga peserta lain selesai sebelum beralih ke pusingan seterusnya.

Oleh kerana waktu itu agak lama, sangat penting bagi atlet bagi memastikan otot mereka sentiasa hangat dan bersedia untuk terjunan.

Peserta tidak digalakkan untuk keluar dari kolam dan terus berada di kawasan yang sejuk kerana berpotensi menyebabkan kekejangan pada otot.

Oleh sebab itulah, mereka perlu melakukan rutin shower tersebut berulang kali setiap pusingan sehinggalah tamat pertandingan bagi melegakan tekanan pada otot mereka.

Selain shower, terdapat juga arena yang menyediakan jakuzi untuk digunakan oleh para atlet bagi menunggu giliran mereka untuk melakukan terjunan.

Ia merupakan alternatif lain bagi memastikan otot para peserta dalam keadaan baik dan tidak menerima kecederaan supaya tidak berlaku hal yang buruk ketika mereka ingin memulakan terjunan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...