Ini Respon Warga Emas Tentang Kisahnya Yang Viral

Trending

Ini Respon Warga Emas Tentang Kisahnya Yang Viral

Sudah banyak kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak berhubung dengan satu video tular yang menunjukkan sikap seorang usahawan yang dikatakan kurang sopan ketika bercakap terhadap warga emas.

Majoriti ramai yang tidak berpuas hati dengan usahawan itu kerana dipercayai mempersoalkan kisah silam warga emas tersebut.

Advertisement

3 years ago

Kasar Dengan Orang Tua, Usahawan Ini Dikecam Biadab

Sehubungan itu, satu video rakaman temu ramah yang dimuat naik di TikTok yang menunjukkan respon warga emas berkenaan tentang isu yang melibatkan dirinya.

Rakaman itu dikatakan bertujuan untuk mengetahui tentang perkembangan warga emas itu selepas dirinya menjadi tular dan telah pun mendapat kebenaran daripada penyelia di pusat gelandangan tersebut.

“Saya tidak berkecil hati”

Ditanya berhubung kejadian, dia tidak berkecil hati dengan apa yang dikatakan oleh usahawan tersebut malah turut berkongsi situasi sebenar ketika kejadian.

Menurutnya, usahawan itu memaklumkan yang bukan Tuhan mengubah nasib kita, kita sendiri mengubah nasib kita.

Dalam hal lain, warga emas itu juga dengan sukarela menawarkan diri untuk berkongsi cerita ketika kejadian.

Ucapan terima kasih kepada netizen

Setelah video tersebut menjadi tular, ramai pihak yang ingin membantunya dan mengucapkan terima kasih kerana mengambil berat tentang dirinya.

“Terima kasih banyak. Saya tak boleh balas. Saya hanya serah kepada Tuhan”

Walau bagaimanapun, netizen berpendapat bahawa pakcik ini tetap berkecil hati dengan melihat wajah dan mendengar keadaan suaranya meskipun dia sudah memaklumkan yang dia tidak berkecil hati.

Netizen juga beranggapan pakcik ini tidak mahu lagi mengeruhkan keadaaan dan tidak mahu menunjukkan yang dirinya terasa dengan isu yang viral itu.

pakcik gelandangan viral

Ayat berserah pada Tuhan 

pakcik gelandangan viral

Ramai juga yang turut kagum dengan respon baik daripada pakcik ini meskipun kedengaran suaranya seakan menahan tangisan.

Dalam hal ini, sikap dan perbuatan seseorang individu akan menjadi perhatian masyarakat sekeliling serta dinilai baik dari segi positif mahupun sebaliknya.

Semoga isu seperti ini dapat memberi pengajaran kepada orang lain ketika bertutur kata dalam apa juga keadaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...