Kasar Dengan Orang Tua, Usahawan Ini Dikecam Biadab

Trending

Kasar Dengan Orang Tua, Usahawan Ini Dikecam Biadab

Di Twitter, viral rakaman Instagram Story memaparkan seorang lelaki yang merupakan usahawan terkenal melayani warga emas dengan kasar.

Dalam video berdurasi 50 saat itu, usahawan tersebut dipercayai mempersoalkan mengenai kisah lampau warga emas yang dikatakan kurang berusaha.

Advertisement

Turut kedengaran usahawan itu bertanyakan sama ada warga emas itu menyesal dengan apa yang dilakukannya ketika muda.

“Masa muda dahulu, menyesal tak tidak buat betul-betul? Masa muda dahulu menyesal tak banyak main?”

Tindakan itu ternyata mengundang rasa kurang senang netizen. Rata-rata daripada mereka menganggap usahawan berkenaan terlalu biadab dan tidak menghormati orang tua.

Di hantaran lain, usahawan berkenaan dipercayai memberi wang sebagai penghargaan di atas keberanian warga emas itu tampil ke hadapan menceritakan mengenai kisah silamnya. Warga emas itu dikatakan turut memberitahu sebab utama kenapa mahu mengubah hidup.

Mendapat lebih 8,000 retweet dan tanda suka, netizen meluahkan rasa marah dan mempersoalkan adab usahawan tersebut. Menurut mereka, seorang individu hendaklah saling menghormati tanpa merendah-rendahkan kehidupan orang lain.

Kesian pakcik tu kenapa dia cakap macam tu?

usahawan biadab

Advertisement

carl samsudin

carl samsudin biadap

Pada pendapat penulis, adalah sangat penting untuk individu bersikap profesional dalam menangani sebarang isu. Seseorang hendaklah menegur secara berhemah tanpa menjatuhkan air muka orang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...