“Ini Pilihan Kami Sendiri” – Zarina Anjoulie Jelas Punca Penceraian Walau Baru 6 Bulan Berkahwin

Hiburan

“Ini Pilihan Kami Sendiri” – Zarina Anjoulie Jelas Punca Penceraian Walau Baru 6 Bulan Berkahwin

Baru sahaja 6 bulan berkahwin, ramai yang terkejut dengan berita yang tiba-tiba diumumkan oleh Zarina Anjoulie pada pagi ini. Meskipun sering berdua bersama, namun pelakon wanita itu mendedahkan bahawa dia sudah pun berpisah dengan suaminya, Eilyas Azhar.

4 years ago

'Terima Kasih Yas' - Zarina Anjoulie Sah Bercerai?

Advertisement

Selepas beberapa jam mendiamkan diri, akhirnya Zarina ataupun lebih mesra disapa sebagai Anju membuka mulut mengenai punca perkahwinannya tidak dapat diselamatkan lagi.

“Ya, Anju dah cerai. Bukan sibuk nak kecoh pun tapi sebab ramai dah tanya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Jelas wanita itu lagi, mereka bukanlah berpisah atas perkara yang buruk pun. Cumanya mereka kini tidak lagi mempunyai kemahuan yang sama.

“Kami berpisah atas pilihan sendiri.”

Sudah sekain lama tidak meluangkan masa bersama keluarga, Anju menyatakan yang dia kini hanya memberikan fokus kepada keluarga, anak lelakinya dan juga kerja.

“Saya cuma mahu habiskan masa terluang bersama keluarga.”

zarina anjoulie bercerai

Meskipun menerima pelbagai mesej mengenai pendedahan tersebut, dia menyatakan bahawa ini adalah pilihan terbaik buat dirinya selain berterima kasih kepada semua yang risaukan keadaan dirinya.

Asalkan Anju dan Eilyas bahagia, betul tak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...