Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Terima Kasih Yas’ – Zarina Anjoulie Sah Bercerai?

Julai tahun lalu, pelakon yang penuh kontroversi, Zarina Anjoulie akhirnya telah menamatkan zaman bujang dengan kekasih hatinya, Eilyas Azhar atau lebih mesra dipanggil Yas. 

BACA: [FOTO] Sekitar Majlis Persandingan Aktres Zarina Anjoulie Dan Pasangan Di Kampung, Meriah Betul!

Advertisement

Berita perkahwinan mereka ini mula tersebar selepas pelakon tersebut memuat naik beberapa keping gambar dan video ketika majlis akad nikah yang diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan. 

Walau bagaimanapun, menerusi posting terbaru di Instagram, Zarina Anjoulie memaklumkan dia sudah bercerai dengan suaminya selepas kira-kira enam bulan berkahwin. Biar betul?

Alhamdulilah yeay. Aku dah cerai best day of my life. Alhamdulilah terima kasih Yas.

Perkongsian ini pastinya mengejutkan ramai kerana Anju dan suaminya dilihat sangat bahagia dan sering berdua ke mana-mana. Malah, tempoh perkahwinan mereka juga belum sampai usia setahun.

Setakat ini tiada komen lanjut diberikan sama ada dari pihak Zarina atau suaminya sendiri. Apa-apa pun, didoakan semoga urusan pelakon ini dipermudahkan. Kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan?

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. pajura tuhak

    January 27, 2021 at 12:32 pm

    dia ni mana pernah kawen lbh setahun, kt Brunei dlu pun kawen bahagia katanya 5bulan je, ingt kawen dgn biawak hidup bahagia la sbb dia sogok Yas dgn duit, rupanya sama je yg kaya miskin mmg x tahan mulut jahat sgt, klau bercinta bkn main bwk Yas ddk bilik ko upload mcm paling bahagia di muka bumi, dh kawen baru tahu perit Yas hidup ngko muahahahha

    • Oh kakak

      January 28, 2021 at 10:42 am

      Mulut mcm longkang ,bajet org tahan hidup dgn ko

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama