Ini Perkara Sebenar Yang Berlaku Disebalik Kes Yang Membabitkan Imadi Pet

Trending

Ini Perkara Sebenar Yang Berlaku Disebalik Kes Yang Membabitkan Imadi Pet

Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai pemilik premis kucing iaitu Imadi Pet yang didakwa menganiaya kucing yang diletakkan dibawah jagaan mereka.

Namun selepas itu, pemilik Imadi Pet pula tampil menafikan dan mengatakan dakwaan itu tidak benar.

Advertisement

Kemudian, kes ini dilihat seperti terhenti seketika dan menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen apa yang sebenarnya telah berlaku.

Memetik perkongsian Ponzi Scheme Alert in Malaysia di laman facebook, seorang individu tampil menjelaskan perkara sebenar yang sedang melanda.

Ikuti penjelasan beliau..

Di sini saya ingin menerangkan serba ringkas tentang apa yang berlaku kerana saya mendapati masih ramai lagi yang tidak faham dengan isu sebenar yang menyebabkan kes Imadi Pet begitu rumit.

Kepada yang tertanya-tanya sama ada kucing-kucing di Imadi Pet boleh di-adopt atau tidak, saya harap anda faham. Kes ini adalah amat rumit dan tidak semudah yang kita sangkakan.

Kucing-kucing itu semua bertuan. Pemilik-pemilik kucing mempunyai perjanjian hitam putih dengan Imadi Pet. Perkara inilah yang menyebabkan kes ini semakin rumit.

Untuk pengetahuan anda, kucing-kucing Imadi Pet ini berharga lebih dari RM10 ribu seekor!

Jika pemilik-pemilik kucing ini mahu melepaskan kepada orang lain pun, saya pasti mereka tidak akan mahu memberi kucing-kucing mereka dengan percuma kerana mereka mahukan duit dan tidak mahu rugi.

Oleh sebab itulah, selain daripada memberi makan dan merawat kucing-kucing di Imadi Pet sekadar mampu.

Pihak kami dengan diketuai oleh Asrol Adizar telah melancarkan kempen mengutip derma dan sedang cuba mencari penyelesaian di antara pemilik Imadi Pet dengan pemilik-pemilik kucing di sana.

Setakat artikel ini ditulis, kucing-kucing di Imadi Pet masih belum berjaya diselamatkan.

Kami mendapat tahu bahawa kebanyakan kucing-kucing di sana kurus dan sakit. Banyak yang mempunyai penyakit FIP, iaitu sejenis penyakit kucing seakan AIDS yang mudah berjangkit dan tidak dapat diubati.

Pihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka menganggap kes ini bukanlah penganiayaan haiwan.

Malah, pemilik Imadi Pet juga cuba membelit cerita dengan menyiarkan di dalam surat khabar kononnya tidak berlaku sebarang penganiayaan dan pengabaian dalam isu ini. Yang dia war-warkan adalah kedainya dalam proses ubahsuai.

7 years ago

Perniagaan Terjejas Kerana Video Viral, Imadi Pet Global Saman Pelanggan RM2.5 Juta

Setakat yang kami tahu sekarang, bil elektrik Imadi Pet telah mencecah RM50 ribu!

Menurut pekerja Imadi Pet, mereka terpaksa berhutang dengan Power Cat untuk makanan kucing-kucing di sana.

Ini menunjukkan bahawa Imadi Pet sememangnya sudah tidak mampu lagi membayar pampasan kepada pemilik-pemilik kucing yang masih berdegil dan enggan menerima hakikat skim pelaburan kucing ini sudah lingkup.

Saya percaya Asrol Adizar telah ambil tindakan yang sepatutnya, termasuk melaporkan ke DVS dan pihak berkuasa yang lain.

Sesungguhnya kes ni tidak semudah yang disangkakan kerana pihak berkuasa tidak mahu menerima laporan dari 3rd party, iaitu kita, jika kita tidak melihat sendiri dan mempunyai bukti.

DVS hanya akan menerima bukti jika orang yang membuat laporan itu nampak sendiri dan boleh mengemukakan bukti. Buat masa ini, bukti yang ada hanyalah terdapat pada pemilik kucing.

Bekas staff Imadi dan doktor haiwan yang pernah merawat kucing-kucing tersebut. Jadi, laporan daripada mereka adalah sangat diharapkan kerana laporan mereka adalah sahih (valid) untuk DVS mengambil tindakan.

Setakat ini, pemilik kucing pun ramai yang tidak mahu membuat repot.

Anda boleh kaji balik apa perjanjian yang mereka telah buat dengan Imadi sehingga menyebabkan mereka enggan mengambil kucing-kucing itu.

Yang ini adalah sumber maklumat berdasarkan komen review yang terdapat di page Imadi Pet yang menunjukkan bagaimana Imadi Pet menjalankan perniagaan berbentuk skim pelaburan kucing:

* Beli kucing RM10 ribu;
* Boarding 1 tahun dengan harga RM7 ribu lebih;
* Mating percuma;
* Imadi Pet akan mengambil seekor daripada anak kucing tersebut;
* Setiap jualan 1 ekor kitten, Imadi Pet akan mengambil 30%;
* Tidak dibenarkan mating dengan mana-mana kucing baka maincoon walaupun maincoon dari luar itu memiliki sijil dan adalah dari baka yang sama;
* Sijil yang dikeluarkan pun masih di atas nama owner lama iaitu pemilik Imadi Pet sendiri.

Isu Imadi Pet ini sebenarnya pernah diviralkan oleh sebuah NGO. Walau bagaimana pun, kes ini menjadi senyap selepas video dimuat naik dan kecoh. Untuk makluman, perkhidmatan NGO ini bukanlah percuma.

Berdasarkan pengakuan pemilik Imadi Pet di dalam satu sesi LIVE bersama sebuah NGO, terdapat lebih dari 1 ribu ekor kucing di cawangan Shah Alam ini.

Ini tidak termasuk dengan cawangan Johor Bahru yang dikatakan kini tinggal 300 ekor kucing lagi.

Cawangan di Johor Bahru juga sudah ditutup dan keadaannya lebih kurang sama dengan apa yang berlaku di Shah Alam. Fokus misi kami adalah cawangan yang berada di Shah Alam.

Asrol Adizar telah menghubungi pihak-pihak berkuasa, NGO, dan beberapa pusat perlindungan haiwan (animal shelters) yang lain.

Walau bagaimanapun, hanya beberapa buah pusat perlindungan sahaja yang bersedia untuk menyediakan tempat bagi kucing-kucing ini.

Tambah menyedihkan, hanya lebih kurang 200 ekor kucing sahaja yang mampu ditempatkan di pusat-pusat perlindungan ini. Jadi, apakah nasib kucing-kucing yang selebihnya?

Asrol Adizar juga telah cuba menghubungi pemilik Imadi Pet dan pemilik-pemilik kucing untuk berjumpa dan sama-sama berbincang kerana sehingga kini, kedua-dua belah pihak enggan bertanggungjawab dan bersikap berlepas tangan.

Tujuannya adalah untuk mencari penyelesaian kepada kemelut ini. Nasib kucing-kucing yang menjadi mangsa kerakusan manusia yang menyembah duit itu yang kami utamakan sekarang.

Besarlah harapan kami agar pemilik-pemilik kucing ini dapat menerima hakikat bahawa skim pelaburan mereka telah tersontot dan berhenti mengharapkan pampasan dari pihak Imadi Pet. Kami juga berharap agar pemilik-pemilik kucing ini sudi membawa balik anak-anak bulus mereka untuk dijaga dan dirawat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...