Perniagaan Terjejas Kerana Video Viral, Imadi Pet Global Saman Pelanggan RM2.5 Juta

Trending

Perniagaan Terjejas Kerana Video Viral, Imadi Pet Global Saman Pelanggan RM2.5 Juta

Masih ingatkah lagi sebelum ini viral satu video yang memaparkan seorang pelanggan Imadi yang mendakwa dirinya ditipu dan pihak premis enggan bertanggungjawab di atas kematian kucingnya yang bernama Lily.

Advertisement

Baca : Kucing British Short Hair RM10,000 Mati, Pihak Premis Ini Didakwa Enggan Bertanggungjawab.

Memetik laporan Harian Metro, syarikat Imadi Pet Global Sdn Bhd akan menyaman pasangan suami isteri yang juga pelanggannya sebanyak RM2.5 juta di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam, Selangor  kerana mendakwa video klip ditularkan pasangan berkenaan di media sosial, awal Ogos lalu menyebabkan kesulitan, kerugian serta menjejaskan perniagaan mereka.

Pengasasnya Ismail Mohd Ali berkata, pihaknya terpaksa berdepan pelbagai kesulitan akibat video yang tular itu, termasuk diheret ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kerana kes difail pasangan berkenaan.

“Bagaimanapun, pada 19 September lalu TTPM memutuskan tuntutan pasangan berkenaan berjumlah RM20,000 ditolak. Keputusan TTPM membuktikan tuntutan pasangan itu terhadap kematian kucing yang dibeli daripada kami, tidak berasas.” 

“Ia sedikit-sebanyak dapat membaiki imej Imadi yang tercalar kerana sesetengah pengguna laman sosial sebelum ini, mudah percaya dengan dakwaan pembeli itu selain berkongsi bahan berkenaan.”

“Berikutan itu, kami mengambil keputusan akan memfailkan saman RM2.5 juta di Mahkamah Sivil Shah Alam,” katanya.

Ismail berkata, sebagai pembiak dan penjual kucing, Imadi telus dengan syarat dan peraturan setiap urusan jual belinya.

Menurutnya lagi, mengikut syarat International Breeders, apabila kucing dibeli pelanggan, pihaknya hanya akan bertanggungjawab dalam tempoh 72 jam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...